Biodata

Nama penuh: Muhammad Hafidz bin Roshdi

Nama popular: Hafidz Roshdi

Tarikh lahir: 13 November 1994

Umur: 24 tahun (2018)

Kelahiran: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @hafidz.roshdi

Fakta Menarik

1. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik lelaki dan seorang adik perempuan.

2. Berkelulusan Management & Science University (MSU), serta ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

3. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2012/13 di mana menjadi peserta paling muda, bersaing dengan antaranya, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Ben Amir, Hafreez Adam dan Nazrief Nazri.

4. Drama pertama lakonannya menerusi watak Edry Shah dalam' Baby Ana Milik Siapa?' yang antara lain menampilkan Cristina Suzzanne dan Hairul Azreen.

5. Bagaimanapun namanya menyerlah selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di saluran TV3.

6. Drama-drama lain lakonannya seperti Aku Pilih Kamu, Raisha, Red Velvet, Papa Nak Menantu, Kelip-Kelip Di Kota London, Cinta Tiada Ganti, J.K.K (Jawatankuasa Kampung Kalut) dan Kan Kukejar Cinta Kamu.

7. Manakala, beberapa telefilem dibintanginya ialah Anak Ikan, Perangkap Perkahwinan, Hajah Heathrow, Ayah Mertuaku, Kau Aku Kita Raya, Sabotaj, Jalan Balik Surau, Bawaku Ke Syurga dan Kembalikan Sinarnya.

8. Dalam dunia teater, Hafidz pernah terlibat dalam pementasan Lela Manja membawakan watak sebagai Raja Muda Tengku Dewa.

9. Penampilannya dalam iklan menerusi 'Petronas Raya Sampai Hati' gandingan bersama aktor Beto Kusyairy dan 'Syukur Selalu F&N' yang turut dibintangi aktres Janna Nick.

10. Pada tahun 2016, Hafidz menimbulkan kekecohan selepas bertelagah dengan aktres Uqasha Senrose hingga mencetuskan perang di media sosial.

11. Mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 selepas berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU). Sehingga kini, perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Humairah pada 9 September 2017.

   

Baca: Biodata Nurul Shuhada Mat Shukri, Bekas Isteri Pelakon Hafidz Roshdi

Baca: 10 Fakta Pelakon Hafidz Roshdi Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto biodata hafidz roshdi pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata hafidz roshdi pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata hafidz roshdi pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata hafidz roshdi pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata hafidz roshdi pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar

4. Instagram Hafidz Roshdi

5. Youtube Kaya Media




Hakcipta iluminasi.com (2017)