Oleh pada 21 Sep 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Perisik Cinta Tak Diundang merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 adaptasi novel karya Puteri Aqish yang bersiaran di slot Akasia TV3 bagi menggantikan siri Shah Alam 40000 (40k).

Membariskan pelakon Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah, Hafidz Roshdi dan Jabir Meftah, episod 1 menemui penonton pada 21 September 2021.

sinopsis perisik cinta tak diundang

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Sementara mendapat peluang pekerjaan, Medina (Shiha Zikir) yang merupakan graduan kulinari menyara kehidupan dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih di kampung.

Dia menetap bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida (Wani Kayrie).

   

Kehadiran Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) di resort milik bapanya, Tuan Muhsin (Esma Daniel) di kampung Medina, membuka ruang perkenalan antara mereka.

Kerana terpikat dengan masakan Medina, Tuan Muhsin mengambil Medina bekerja di restorannya di Kuala Lumpur. 

Tuan Muhsin memberi ruang untuk Niyaz berkawan dengan Medina dengan lebih rapat yang mana Niyaz diberi peluang menyamar sebagai pekerja biasa di restoran itu.

Sementara itu, Medina mengakhiri perhubungan cintanya dengan Firas (Hafidz Roshdi).

Tuan Muhsin memberanikan diri meminang Medina bagi pihak Niyaz sedang Medina tidak mengetahui identiti anak Tuan Muhsin yang terlindung daripada pengetahuannya!

pelakon perisik cinta tak diundang

Kredit foto: Instagram Salina Saibi

Pelakon / Cast

Menampilkan Andi Bernadee dan Shiha Zikir sebagai gandingan utama.

Turut dilakonkan Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Jabir Meftah (Hero Remaja 2020), Wani Kayrie, Alis Mariya, Didi Astillah, Norish Karman, Esma Daniel, Dynas Mokhtar, Salina Saibi, Fazlina Ahmad Daud, Amanda Misbun, Enot dan Shamsul Ghau Ghau.

Baca: Biodata Andi Bernadee

Baca: Biodata Shiha Zikir

Baca: Biodata Bella Astillah

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Jabir Meftah

Baca: Biodata Wani Kayrie

Baca: Biodata Didi Astillah

Watak Pelakon

Andi Bernadee sebagai Niyaz

Shiha Zikir sebagai Medina

Hafidz Roshdi sebagai Firas

Bella Astillah sebagai Erriana

Jabir Meftah sebagai Amar

Wani Kayrie sebagai Anida

Nuralis sebagai Nadira

Salina Saibi sebagai Hanim

Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin

drama perisik cinta tak diundang

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan sutradara Azmi Mohd Hata, terbitan produksi Orangetree Production Sdn Bhd.

Penulisan skrip oleh Amar Amir dan Ben Anwar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SISSY IMANN - Bebas (Official Lyric Video)

Tajuk: Bebas

Penyanyi: Sissy Imann

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King

Penulis lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King

perisik cinta tak diundang episod

novel perisik cinta tak diundang

perisik cinta tak diundang episode

Kredit foto: Instagram Drama Sangat , Instagram Salina Saibi & Instagram Muaz Fitri Maslan

   

Waktu Siaran

Siaran 20 episod mulai 21 September 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang, terbaharu di slot Akasia, saluran TV3.

Tonton episod penuh secara strim di platform penstriman Viu.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Perisik Cinta Tak Diundang

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Perisik Cinta Tak Diundang

2. Drama Sangat

3. Novel Perisik Cinta Tak Diundang




Hakcipta iluminasi.com (2017)