Oleh pada 29 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Mr. Bibik merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021 lakonan oleh Saharul Ridzwan dan Zara Zya sebagai pemegang watak utama.

Episod 1 naskhah adaptasi novel karya Aein Dhiyauddin yang mengisi slot Akasia TV3 ini ditayangkan pada 29 Oktober 2021 bagi menggantikan siri Semanis Senyumanmu.

sinopsis mr bibik

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Takdir menentukan Aulia (Zara Zya) untuk dikahwini 'Mr Bibik'.

Segalanya bermula apabila Firas (Saharul Ridzwan) membuka perniagaan dengan tunangnya, Arisya (Dayang Areeda) selepas menamatkan khidmat di sebuah syarikat besar.

Cinta Firas bagaimanapun dikhianati Arisya yang memilih untuk diperisterikan lelaki lain.

Walaupun pekerjaannya melayang ditambah dengan 'insiden' putus tunang, Firas tetap bersemangat mencari rezeki dengan menawarkan diri untuk bekerja di sebuah syarikat pembersihan milik kenalannya.

Di hari pertama kerja sebagai 'Mr Bibik', Firas ditugaskan untuk membersihkan rumah Aulia.

Aulia adalah tunang kepada Mukhriz (Raja Afiq), lelaki yang meminati wanita itu sejak zaman remaja.

Mukhriz mampu mendapatkan mana-mana wanita yang diinginkan tetapi Aulia tetap menjadi pujaan hati kerana wanita itu di matanya cukup berbeza dan lain daripada yang lain.

Meskipun Aulia tidak menaruh hati pada Mukhriz, namun hubungan mereka mampu melangkah ke fasa pertunangan atas campur tangan orang tua.

Ketika Firas memulakan kerja servis pembersihan di rumah Aulia, wanita itu menolak kerana tidak senang dengan kehadiran lelaki di rumahnya, apatah lagi terdapat peristiwa kurang enak antara mereka sebelum ini.

Namun Aulia akur kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma sebagai ganti ketidakhadiran seorang pembantu rumah yang biasa digunakan.

Tanpa Aulia sedari, Firas bakal menjadi suaminya! Mereka berdua 'dicekup' selepas rumah Aulia didatangi Mukhriz dan bapa Aulia, Tuan Halim (Roy Azman) di hari terakhir Firas bertugas.

Aulia dituduh menyimpan lelaki di kediamannya hingga Tuan Halim menggesa agar Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia.

Firas enggan memperisterikan Aulia yang dianggap pemalas dan pengotor, manakala Aulia pula tidak rela bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz juga tidak mahu kehilangan cinta hatinya, Aulia.

Namun apabila Firas dan Aulia mula menyulam cinta, satu rahsia telah terbongkar menyebabkan Firas akhirnya bertindak menghalau Aulia.

drama mr bibik

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Menggandingkan Saharul Ridzwan dan Zara Zya sebagai teraju utama, selain disertai pelakon Raja Afiq, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Liza Abdullah, Norish Karman, Wanns Ahmad, Sefik, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Roy Azman dan Jesse Lim.

Baca: Biodata Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Zara Zya

Baca: Biodata Raja Afiq

Baca: Biodata Dayang Areeda

Baca: Biodata Syazuwan Hassan

Baca: Biodata Wanns Ahmad

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

Watak Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman / Mr Bibik

Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa

Raja Afiq sebagai Mukhriz

Dayang Areeda sebagai Arisya

Wanns Ahmad sebagai Hud

Meor Mohd sebagai Cumi

Roy Azman sebagai Tuan Halim

mr bibik episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Saphire Screen Sdn Bhd, arahan oleh Pali Yahya atas skrip tulisan Farhana Fauri.

Lagu Tema (OST)

Kredit foto: KAEL - CINTA JATUH (OST MR BIBIK)

Tajuk: Cinta Jatuh

Penyanyi: Kael

Komposer, penulis lirik: Audi Mok, Shazee Ishak

mr bibik tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Ke udara selama 20 episod, drama slot Akasia, saluran TV3 ini menemui penonton mulai 29 Oktober 2021 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Tonton episod penuh secara online di perkhidmatan penstriman iQiyi pada jam 8 malam, hari sama selepas siaran di TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Kahwin tak jemput semua orang | Mr Bibik Episod 1 - 1 | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Saharul Ridzwan & Zara Zya Kembali Beraksi dalam Drama MR BIBIK di TV3 & Iqiyi

3. Novel Mr Bibik

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)