biodata ezzaty abdullah

Kredit foto: Instagram @ezzatyabdullah

    

Drama adaptasi novel berjudul Lelakimu Yang Dulu bakal menemui penonton di layar kaca menerusi slot Akasia TV3, mulai September ini.

Menampilkan barisan pelakon ternama seperti Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Nadia Brian, Ungku Hariz, Reen Rahim, Afiq Muiz serta aktres bertubuh genit, Ezzaty Abdullah.

Berikut penulis kongsikan serba sedikit butiran biodata dan latar belakang Ezzaty yang juga isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini.

    

Biodata

1. Lahir di Bentong, Pahang pada 7 April 1990.

2. Berusia 29 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan model cetakan sejak tahun 2012.

5. Rupa parasnya dikatakan mempunyai iras pelakon Indonesia, Acha Septriasa.

6. Antara drama dibintanginya seperti Friday I'm In Love, Epilog Cinta Khirana, Hello Mr. Perfect, Andainya Takdir 2, KL Gangster: Underworld, Jika Masih Ada Rindu dan Lelakimu Yang Dulu.

7. Termasuk telefilem Asmara Beijing, Maafkan Kami, Selempang Kuning, Hanya Untuk Bonda, Azrul Bendul, Pengemis Itu Saudara Aku, Kampung Batu 120 dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Mana Mau Lari, Mirip, Anak Mami Nasi Kandaq, Radhi Rudy Bin Dadu dan Kau Takdirku.

9. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 6 Disember 2017.

     

Foto

ezzaty abdullah drama lelakimu yang dulu

ezzaty abdullah kacukan

suami ezzaty abdullah

latar belakang ezzaty abdullah

ezzaty abdullah azwan kombos

Kredit foto: Instagram @ezzatyabdullah 

     

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Nona

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)