Oleh pada 15 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Cukup Derita Itu Musim 2 merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2021 yang diadaptasikan daripada novel bertajuk sama karya Siti Rosmizah.

Kesinambungan musim 1 ini akan menggantikan siri Tahyul dan bakal menemui penonton slot Samarinda TV3 dalam siaran episod 1 yang dijadualkan ke udara pada 15 November 2021.

cukup derita itu 905

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Sambungan kisah cinta antara Ellani (Ruhainies) dan Zarul Zafran (Hisyam Hamid).

Dengan sikap buruk ibu saudara Ellani iaitu Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) dan kembarnya, Ellana (Chacha Maembong) yang berdendam dan berdengki dengannya, Ellani hidup penuh dengan duka.

Ellani akur menerima ketentuan jodohnya, Zarul Zafran. Meskipun bermacam usaha Mak Ngah Gayah dan Ellana untuk memisahkan mereka, kasih sayang Zarul Zafran berjaya memenangi hati Ellani. Ellani kini jatuh cinta dengan suaminya itu. 

Namun, perkahwinan yang dibina bersama Zarul Zafran tidak berpanjangan bahagia apabila diuji dengan dugaan dan rintangan.

Zarul Zafran kembali pulih ingatannya. Sewaktu itu dia menganggap Ellani adalah punca hubungannya dengan Ellana terputus. Ellani difikirkan mengambil kesempatan atas penyakitnya selama ini.

Disebabkan cinta lama dengan Ellana kembali berputik, Zarul Zafran sanggup menduakan Ellani demi kembali bersama bekas kekasihnya.

Zarul Zafran amat membenci Ellani hingga sanggup menceraikannya menerusi kiriman SMS.

Pujukan dan nasihat ibunya, Datin Mahani juga tidak dihiraukan.

Adakah rasa dendam Mak Ngah dan Ellana mampu mengatasi rasa cinta Zarul Zafran buat Ellani? Dapatkah Zarul Zafran dan Ellani bersatu semula?    

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cukup Derita Itu Musim 1

drama cukup derita itu

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Pelakon / Cast

Siri yang menggandingkan Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong, selaku teraju utama.

Lain-lain pelakon yang terlibat ialah Jasmin Hamid, Farhan Asri, Fahrin Ahmad, Lia Natalia, Balkisyh Semundur Khan, Didie Alias, Sera Melissa, Arash Mohamad, Azhar Amir, Ainina Ahmad B, Dian P Ramlee, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Samsuri Shahrom dan Hafidzuddin Fazil.

Baca: Biodata Hisyam Hamid

Baca: Biodata Ruhainies

Baca: Biodata Chacha Maembong

Baca: Biodata Farhan Asri

Baca: Biodata Lia Natalia

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

sinopsis cukup derita itu

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Watak Pelakon

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana

Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah

Lia Natalia sebagai Salwa

Sera Melissa sebagai Ayu

Farhan Asri sebagai Amirul

Fahrin Ahmad sebagai Fariz

Didie Alias sebagai Mak Yek

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Rosnah Johari sebagai Datin Mahani

Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis

Mubarak Majid sebagai Mat Terup

pelakon cukup derita itu

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan SR One Sdn Bhd yang menampilkan Along Kamaludin sebagai pengarah.

Panel skrip pula dibarisi oleh Siti Rosmizah, Falriqz Naail dan Zuyyin.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cukup Derita Itu - Siti Nordiana

   

Tajuk: Cukup Derita Itu

Penyanyi: Siti Nordiana

Komposer: Tam Spider

Penulis lirik: Siti Rosmizah

Pergilah Derita - Asfan Shah dan Lia Aziz

cukup derita itu episod 129

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Waktu Siaran

Akan ditayangkan sebanyak 20 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 15 November 2021 di slot Samarinda, saluran TV3 serta turut boleh ditonton secara online melalui aplikasi iQIYI.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Marah sebab sayang | Cukup Derita Itu 2 Episod 1 - 1 | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Cukup Derita Itu




Hakcipta iluminasi.com (2017)