Biodata

Nama penuh: Norazlina binti Amir Sharipuddin

Nama pentas: Amelina

Tarikh lahir: 4 Ogos 1974

Umur: 44 tahun

Kelahiran: Nilai, Negeri Sembilan

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @amelinaamirsharipuddin

Fakta Menarik

1. Merupakan penyanyi dangdut Malaysia pertama, juga digelarkan 'Ratu Dangdut' negara.

2. Jualan keseluruhan album studionya mencapai lebih 500,000 unit.

3. Pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan selama 15 tahun sebelum membuat kemunculan semula pada tahun 2014.

4. Seawal karier iaitu pada umur 20 tahun, beliau yang membesar di Negeri Sembilan, mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian bergelar bintang.

5. Sebelum menjadi artis, Amelina menyara kehidupannya sebagai pekerja kilang elektronik.

6. Sewaktu meniti populariti, Amelina pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dangdut, Iwan yang juga rakan duetnya dalam beberapa buah lagu.

7. Menjadi artis dengan pendapatan paling tinggi pada pertengahan 1990-an, malah berjaya menembusi pasaran Jepun.

8. Antara lagu popularnya termasuk Rindu, Memori Daun Pisang, Ah! Rindu Lagi, Asyik, Yang Tersayang, Semakin Rindu Semakin Asyik, Sini Cinta Di Sana Cinta dan Di Dadaku Ada Kamu.

9. Antara pencapaian beliau dalam bidang hiburan termasuk pernah memenangi kategori Album Pop Tradisional Terbaik dan Susunan Muzik Dalam Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik.

10. Membeli sebuah hartanah sebagai hadiah untuk bapanya, Amir Sharifuddin Abdul Raof sewaktu di kemuncak populariti.

11. Pernah menjayakan persembahan di pelbagai negara, antaranya Indonesia dan Jepun.

12. Pada tahun 1999, Amelina telah disaman oleh Iwan gara-gara 'kontroversi seluar dalam'.

13. Sebelum 'hilang' daripada industri muzik, Amelina sempat terbit dengan single 'Seri Langkat' duet bersama Jamal Abdillah.

14. Sewaktu kehilangan mengejutnya yang menjadi tanda tanya, beliau telah mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan Reduan Mahamood yang juga merupakan seorang usahawan pada 20 Mei 1999.

15. Mereka memperoleh enam orang cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah (2001), Putera Al’ Affiq (2002), Putera Al’ Asyraff (2003), Puteri Nur’ Asyurah (2005), Putera Al’ Arffa (2007), dan Putera Al’ Amzar (2009).

16. Kontrak Amelina bersama syarikat Warner Music ditinggalkan begitu sahaja, malah rakaman kesemua lagu untuk album keempatnya tidak dilunaskan meskipun beliau sudah mengambil salinan demo lagu-lagu baru tersebut.

17. Muzik dangdut mengalami kemerosotan pada tahun 2000 dikatakan berpunca kerana kehilangannya yang sebelum itu dianggap sebagai tunggak genre berkenaan.

18. Sepanjang pemergian Amelina yang dikatakan sudah bersara, album kompilasi yang menampilkan lagu hits malar segarnya diterbitkan Warner Music kekal mendapat sambutan hangat.

19. Bagaimanapun pada tahun 2014, Amelina membuat kemunculan semula dengan niat untuk mencari sumber pendapatan. Ketika itu, beliau mendedahkan telahpun bercerai dan memegang status ibu tunggal.

20. Pada 2015, beliau muncul dengan single Rindu 2.0 (bersama Stellar Band) dan Cinta Harus Seksi.

21. Pada September 2018, Amelina menyertai pertandingan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima.

Foto

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 2 359

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 3 230

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 4 845

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 5 64

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 6

biodata amelina peserta gegar vaganza 5 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Gegar Vaganza 2018

3. Hangat.com

4. Instagram Amelina




Hakcipta iluminasi.com (2017)