Kredit foto: Instagram @puteriaishahofficial

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Puteri Aishah binti Sulaiman.

2. Popular sebagai Puteri Aishah.

3. Kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan pada 6 Jun 1994.

4. Membesar di Kuala Lumpur.

5. Kediamannya terletak di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur.

6. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

7. Pemegang diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

8. Asalnya ketika berusia 20 tahun, beliau merupakan guru pelatih di sekolah rendah yang ketika itu dikenali sebagai 'Cikgu Aishah'. Fotonya pernah menjadi tular di laman sosial sekitar tahun 2014.

9. Mula aktif dalam dunia seni sebagai pelakon dan model sejak 2015.

10. Bakatnya dikesan selepas pembabitan dalam pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja, terbitan kumpulan Karangkraf iaitu Dewi Remaja 2014/2015 yang antara lain disertai Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Mimi Lana dan Natrah Khalid - kesemuanya kini bergelar pelakon.

11. Mendapat peluang daripada sutradara Erma Fatima untuk membintangi drama sulungnya berjudul Akulah Balqis siaran TV3.

12. Antara drama lain lakonannya seperti Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Cinta Roller Coaster, Raisha, Selafaz Cinta, PA Untuk Dia dan Utusan Cinta Buat Adam.

13. Termasuk telefilem Panggilan Subuh, Yang Terakhir Untukku, Waktu Khalil, Cik Shopaholic dan Tulus Cinta.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Pulang arahan Kabir Bhatia, membawa watak sebagai Che Thom.

15. Turut membintangi teater Cindua Mato yang dipentaskan di Istana Budaya pada 2016.

       

Foto

biodata puteri aishah pelakon drama utusan cinta buat adam 2

biodata puteri aishah pelakon drama utusan cinta buat adam 3

biodata puteri aishah pelakon drama utusan cinta buat adam 4

biodata puteri aishah pelakon drama utusan cinta buat adam 5

biodata puteri aishah pelakon drama utusan cinta buat adam 6

Kredit foto: Instagram @puteriaishahofficial

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)