biodata azlee khairi

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Pelakon Azlee Khairi kembali merancakkan dunia hiburan selepas empat tahun 'menghilang' daripada radar seni lakonan.

Beliau yang cukup dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant, bakal dipasangkan bersama aktres Zara Zya untuk drama adaptasi novel terbaharu berjudul Seadanya Aku, di slot Akasia.

Karya terbitan Country Universal Sdn Bhd ini turut menampilkan pelakon Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

    

Biodata Azlee Khairi

1. Nama sebenarnya, Azlee Khairi bin Zulah Hainee. Dikenali sebagai Azlee Khairi.

2. Lahir pada 19 Januari 1989 di Kuala Kangsar, Perak.

3. Merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik.

4. Memiliki pendidikan dalam jurusan filem daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

5. Bergiat aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010 sebagai pelakon, model dan pengacara.

6. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Love You Mr. Arrogant yang menggandingkannya bersama aktres Zara Zya sebagai teraju utama.

7. Lain-lain drama lakonannya seperti Ponti Anak Remaja, Bukan Bidadari, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Cinta Yang Satu dan Setulus Janji.

8. Termasuk telefilem Kemelut Cinta, Geisha Melayu Terakhir, Cinta Si Tukang Kasut, Andai Itu Takdirnya, Kontrak Cinta dan banyak lagi.

9. Penglibatannya di layar perak menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Raya Tak Jadi, Ratu The Movie, Ombak Rindu, Bujang Terlajak dan Warna Cinta Impian.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program kuiz, Ello! Ello! yang bersiaran di saluran Astro Ceria dan Shop In Love di TV2.

11. Bakatnya diiktiraf di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 menerusi kategori Pelakon Drama Lelaki Pilihan dalam drama Love You Mr. Arrogant, Hero-Heroin Drama Pilihan (bersama Zara Zya) dan Barisan Pelakon Drama Pilihan (Sebenarnya, Saya Isteri Dia!). Selain itu, beliau merupakan pemegang trofi Gandingan Serasi di Layar (bersama Zara Zya) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27.

   

Fakta Menarik

  • Bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk pasukan negeri Perak FA.
  • Pernah muncul dalam iklan komersial Brylcreem.
  • Mengidolakan aktor antarabangsa, Johnny Depp.
  • Ingin bergelar penghibur serba boleh dan sutradara yang hebat.

     

Foto

azlee khairi ig

wikipedia azlee khairi

azlee khairi menghilang

pelakon azlee khairi

drama seadanya aku

Kredit foto: Instagram Azlee Khairi

    

Sumber:

1. Wikipedia Azlee Khairi

2. Majalah EH!

3. Azlee Khairi Kembali Berlakon Drama

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)