Oleh pada 15 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Tonton drama berepisod slot Akasia TV3, 7 Hari Mencintaiku 3 (bukan adaptasi novel) bermula 16 April 2022.

Drama televisyen Malaysia 2022 yang menggantikan siri Harith Fayyadh ini merupakan sebuah karya arahan Jamal Khan dan menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan Liza Abdullah.

7 hari mencintaiku

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha) melayari kehidupan bahagia dalam alam rumah tangga yang dibina. Pun begitu, nikmat yang dikecapi hanyalah bersifat sementara..

Suatu perkara yang tidak dijangka memintas kebahagiaan yang tercipta. Mereka diuji selepas Khuzairi mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya lumpuh.

Sejak itu, Khuzairi hilang keyakinan diri kerana berasa tidak berguna kepada Mia dan anak mereka. Sikap Khuzairi berubah menjadi seorang suami yang panas baran!

Sementara itu, Pak Samad (Kazar Saisi) perlu menjalani pembedahan apabila mendapati kesihatannya semakin merosot.

Pak Samad enggan sakitnya diketahui keluarga, lalu menulis sepucuk surat meminta agar mereka mencari makna sebenar cinta dalam tempoh 7 hari.

    

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Silfeny Osman, Pelakon Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3

sinopsis 7 hari mencintaiku 3

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pelakon / Cast

Naskhah ini menyaksikan gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha selaku teraju utama, selain membariskan gabungan pelakon lama dan baharu iaitu Wafariena Roslan, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Kazar Saisi, Reen Rahim, Sean Lee, Razman Mahayuddin, Dhia Irdina, Dayang Areeda, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, PU Azman, Ezad Lazim, Jasmin Hamid, Silfeny Osman, Azza Elite, Anne Abdullah, Ku Faridah, Shaharuddin Thamby dan Mak Wan.

    

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Siti Saleha sebagai Mia Adriana

Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain

Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia

Syazwan Zulkifly sebagai Helmi

Liza Abdullah sebagai Mak Leha

Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Reen Rahim sebagai Dr Fatin Husna

Sean Lee sebagai Dr. Adam

Dayang Areeda sebagai Maimunah

Razman Mahayuddin sebagai Burhan

Jaja Iliyes sebagai Nadia

Bil Azali sebagai Zaidi

Jasmin Hamid sebagai Zarina

Faye Kusairi sebagai Syakila

PU Azman sebagai Taufik

Azza Elite sebagai Kak Piah

Ezad Lazim sebagai Husin

Silfeny Osman sebagai Azura

Dhia Irdina sebagai Alisa

Anne Abdullah sebagai Mak Andak

Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari

Ku Faridah sebagai Che Puteh

Mak Wan sebagai Mak Limah

drama 7 hari mencintaiku 3

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi SR One Sdn Bhd ini menggunakan khidmat Jamal Khan sebagai pengarah, menerusi skrip yang diilhamkan oleh penulis Siti Rosmizah Semail.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST 7 Hari Mencintaiku 3) Khai Bahar & Lia Aziz - Kaulah Syurga [Official Music Video]

Tajuk: Kaulah Syurga

Penyanyi: Khai Bahar & Lia Aziz

Komposer: Asfan Shah

Penulis lirik: Siti Rosmizah

7 hari mencintaiku 3 episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

7 Hari Mencintaiku 3 sebanyak 35 episod memulakan tayangan perdana pada 16 April 2022 di slot Akasia, saluran TV3 pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 6:58 petang.

Anda juga boleh strim menerusi platform hiburan atas talian (online), iQiyi Malaysia. 

       

Kredit video: 7 Hari Mencintaiku 3 | Episod 1 Pada 16 April, Setiap Isnin - Ahad 6.58 petang hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)