Kredit foto: Instagram Balkisyh Semundur Khan

    

Balkisyh Semundur Khan merupakan pelakon wanita yang mula mencipta nama sejak tahun 2001.

Beliau merupakan pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro 2004 dan bekas isteri kepada Mohd Aizad Rosli iaitu adik pengarah dan penerbit Jurey Latiff Rosli.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Balkisyh binti Semundur Khan. Lebih dikenali sebagai Kiss, Balkis, Balqis, Balkisyh, Balkisyh Khan dan Balkisyh Semundur Khan.

2. Kelahiran Lahad Datu, Sabah pada 13 Julai 1987. Kini berumur 32 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001.

5. Mula dikenali menerusi watak Zaidatul dalam drama Mak Cun yang disiarkan di TV3.

6. Lain-lain drama dibintanginya seperti Gila-Gila Pengantin, Cinta Jannah, Menjinak Ombak, Rindu Awak 200%, Cinta Koko Coklat dan Adam Chempaka .

7. Termasuk telefilem Bunga Rampai Musim Tengkujuh, Di Mana Isteriku, Bidadari Walid, Batu Nisan Ibu, Pujaan Malaya dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Tak Ori Tapi Ok, Diva dan Dukun.

9. Bergelar isteri kepada Mohd Aizad Rosli, adik pengarah dan penerbit Jurey Latiff Rosli pada 2007, sebelum menerima kelahiran dua cahaya mata. Mereka bagaimanapun bercerai pada 2017.

   

Fakta Menarik

  • Bekas pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004.
  • Penglibatan dalam dunia teater menerusi pementasan Teater Muzikal Mak Cun.
  • Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.

   

Foto

balkisyh semundur khan kurus 593

balkisyh semundur khan 514

drama titian takdir 220

anak balkisyh semundur khan 90

sinopsis titian takdir 151

bekas suami balkisyh semundur khan 454

Kredit foto: Instagram Balkisyh Semundur Khan

   

Sumber:

1. Wikipedia Balkisyh Semundur Khan

2. 'Saya dan suami bahagia' - Balkisyh Semundur Khan

3. Mak Cun kembali naikkan populariti Balkisyh

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)