Biodata

Nama penuh: Nur Suhada binti Jebat

Nama pentas: Ayda Jebat

Tarikh lahir: 17 Mac 1992

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Merlimau, Melaka, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan model komersial

Media sosial: Instagram @aydajebat

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.57 meter.

2. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki.

3. Adik perempuannya, Nur Shafinaz Jebat atau Fina Jebat juga merupakan penyanyi.

4. Bakat Ayda dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun hanya bertahan hingga konsert minggu ketiga bertemakan 'Operasi Gugur'.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi single 'Beri Aku Waktu' (bersama Afif).

7. Beliau tampil pertama kali dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cer Citer Cinta yang antara lain dibintangi Rozita Che Wan dan Shahir (Akademi Fantasia 8). Diikuti antaranya, Calon Menantu, Cinta Hati Suri, Haji Tak Mabrur, Girlfriend Aku Dari Neraka, Kubur Berdarah, Sesejuk Coconut Shake, 3 Gadis Manis, Di Penghujung Sujud dan Retak.

8. Filem pertama beliau berjudul Gila-Gila Remaja dalam versi pembikinan semula untuk tahun 2013, membawa watak sebagai Zetty yang turut menampilkan pelakon Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally.

9. Ayda turut membintangi filem Oh Mak Kau dan Pinjamkan Hatiku.

10. Namanya sebagai pelakon mula meledak menerusi drama Rindu Awak 200%, membawa watak sebagai Armell Aisya, berlakon di sisi aktor Zul Ariffin.

11. Antara drama lain dilakonkannya seperti Peah Gosip, Tiara, Sahara, Epilog Cinta Khirana, Mira Sofea, Anugerah Terindah, Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, M. A. I. D, Menongkah Kasih, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta, Dekatkan Jarak Kita dan Cinta Bukan Kristal.

12. Turut mencipta nama di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Pernah membintangi telefilem Indonesia untuk siaran RTV berjudul From Hater to Lover dan muncul dalam video muzik lagu Biar Saja oleh kumpulan De Meises.

13. Sebagai penyanyi, Aida merupakan pelantun lagu Beri Aku Waktu, Cinta Lara, Siapa Diriku, Fairytale, Sinaran, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Bawaku Berkelana, Mata, Pinjamkan Hatiku dan Temberang.

14. Beliau juga pemegang trofi pelbagai anugerah popular seperti Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-3, Artis Paling Popular APM di Anugerah Planet Muzik ke-15 dan Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik ke-17.

Foto

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 2

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 3

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 4

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 5 416

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 6

biodata ayda jebat penyanyi lagu temberang 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Utusan

4. Instagram Ayda Jebat




Hakcipta iluminasi.com (2017)