Kredit foto: Instagram Ozlynn Waty

   

Rozlinawaty binti Ismail yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Waty merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis.

Beliau merupakan isteri kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Rozlinawaty binti Ismail. Menggunakan nama komersial, Ozlynn Waty.

2. Juga dikenali sebagai Ozlyn, Ozlynn Wati dan Ozlynn Waty Ismail.

3. Kelahiran 22 September 1981. Kini berusia 38 tahun.

4. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelakon, pengacara dan pengurus artis.

5. Antara drama dibintanginya termasuk Parut Cinta, Urusan Hati Cik Drama Queen, Encik Suami Mat Salih Celup, Misteri Jenazah, Cinta Kucing Parsi dan Gerak Khas, selain telefilem Hadiah Cinta Mama.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Blok 404 dan Abang Long Fadil 3.

   

Fakta Menarik

  • Bergelar pengurus kepada suaminya, pelawak Johan Raja Lawak.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania .
  • Merupakan antara pelakon yang menjayakan pementasan teater popular, Pawana Isabella pada 2019.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @jozlynnhanania sehingga kini sudah meraih lebih 4.3 juta pengikut.

   

Foto

ozlynn waty 881

ozlynn wati 969

johan

ozlynn

biodata johan raja lawak 553

biodata ozlynn

ozlynn bertudung

Kredit foto: Instagram Ozlynn Waty

   

Video

Kredit video: Ozlyn Wati Komen Pendapatan Johan

   

Sumber:

1. Wikipedia Ozlynn Waty

2. Ozlynn, Johan dapat ‘baby girl’ anak kelima

3. Johan- Ozlyn harap perkahwinan dapat elak kontroversi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)