Oleh pada 03 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2018 garapan oleh pengarah Eoon Shuhaini, hasil adaptasi novel bertajuk sama karya Aulia Iman.

Menyatukan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama, siri yang pernah bersiaran pada tahun 2018 ini kembali ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 3 Mac 2021 bagi menggantikan drama rantaian Rahimah Tanpa Rahim.

pelakon pujaan hati kanda

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Megat Danish atau Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah 'insaf' bercadang memulakan kehidupan baru dengan mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Nadine (Sarah Hildebrand).

Ketika hari pernikahan, Danny dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi bernama Rizqi (Aydeen Mikael) yang diletakkan di ruang legar masjid berserta sekeping kad ucapan bersama sijil lahir.

Nadine segera membatalkan perkahwinan mereka apabila Danny gagal menjawab tentang misteri gerangan bayi berkenaan. Malah, Danny juga perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu!

Sementara menjalankan 'penyiasatan' tentang identiti bayi tersebut, Danny mengupah seorang pelajar universiti bernama Tiara (Mira Filzah) untuk mengasuh Rizqi. Tiara yang 'pokai' menerima tugasannya demi menyara pengajian.

   

Danny berbohong dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang duda yang sudah kematian isteri. Malah, kisah di sebalik kemunculan bayi itu juga dirahsiakan daripada pengetahuan Tiara.

Tanpa disedari, bibit-bibit cinta antara mereka mula berputik, sedang dalam masa sama Danny masih dalam usaha menjejak siapa sebenarnya ibu Rizqi.

drama pujaan hati kanda

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon

Gandingan utama Remy Ishak dan Mira Filzah.

Turut terlibat, pelakon Sarah Hildebrand, Mustaqim Bahadon, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Ayden Mikael, Azar Azmi, Aidil Aziz, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Catriona Ross, Aida Khalida, Rashdan Baba, Qazem Nor, Dian P Ramlee dan Omar Abdullah.

Baca: Biodata Remy Ishak

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Sarah Hildebrand

Baca: Biodata Mustaqim Bahadon

Baca: Biodata Syazwan Zulkifly

Baca: Biodata Elisya Sandha

Baca: Biodata Azar Azmi

Baca: Biodata Aidil Aziz

Baca: Biodata Reen Rahim

Baca: Biodata Taufiq Hanafi

Baca: Biodata Catriona Ross

sinopsis pujaan hati kanda

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan sutradara Eoon Shuhaini. Hasil kerja produksi Mache All Star United Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Pujaan Hati Kanda OST - Pujaan Hati (ADIRA SUHAIMI) Video Lirik

Tajuk: Pujaan Hati

Penyanyi: Adira

Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Penulis lirik: Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna

pujaan hati kanda episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Pernah bersiaran pada 20 Disember 2018 hingga 28 Januari 2019 di slot Akasia TV3.

Kini siaran ulangan kembali ditayangkan di slot sama mulai 3 Mac 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang untuk tayangan selama 28 episod.

Kredit video: Di Sebalik Tabir Pujaan Hati Kanda

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Pujaan Hati Kanda

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)