Biodata

Nama penuh: Alia Afiqah binti Abden

Nama popular: Lia Natalia

Tarikh lahir: 12 November 1992

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Tawau, Sabah, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @lia_natalia

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

2. Berdarah kacukan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia.

3. Bekas finalis rancangan realiti Pilih Kasih musim kedua pada tahun 2010 yang mana turut disertai pelakon Livonia Ricky Guing dan Ungku Hariz.

4. Selain itu, Lia juga pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010 dan Pencarian Gadis M2 pada tahun 2011.

5. Sebelum terjun dalam bidang lakonan, beliau aktif menjayakan majlis peragaan fesyen serta bergelar model butik pengantin.

6. Lakonan pertamanya adalah menerusi telefilem Dendam Sundel Bolong pada tahun 2011.

7. Lain-lain telefilem popular dibintanginya seperti Pontianak Beraya Di Kampung Batu, Hantu Selfie, Isteri Untuk Abang Long dan Baju Raya Eksklusif.

8. Menerusi drama, antara karya lakonannya seperti Dan Bila Esok, Jodoh Musim 2, Perempuan Dalam Pasungan, Aku Isterinya, Istikharah Cinta, Takhta 3 Ratu, Tabir Zulaikha, Isteri vs Tunang, 7 Hari Mencintaiku, Lara Cinta Ameena, Suamiku Paling Sweet, Rahsia Hati Perempuan dan Isteri Bukan Untuk Disewa.

9. Manakala filem-filem dibintanginya ialah Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Pinjamkan Hatiku dan Busker.

10. Merancang untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi single bergenre dangdut dan mengikut perancangan, lagu itu bakal diterbitkan pada tahun 2018. Malah beliau bercita-cita besar membawa nama sebagai penyanyi hingga ke pasaran negara seberang, Indonesia.

Foto

biodata lia natalia pelakon drama isteri bukan untuk disewa 2

biodata lia natalia pelakon drama isteri bukan untuk disewa 3

biodata lia natalia pelakon drama isteri bukan untuk disewa 4

biodata lia natalia pelakon drama isteri bukan untuk disewa 5 168

biodata lia natalia pelakon drama isteri bukan untuk disewa 6

Video 

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Kosmo

4. Instagram Lia Natalia




Hakcipta iluminasi.com (2017)