Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Aisyah binti Ismail.

2. Lahir pada 31 Julai 1996 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kini berusia 23 tahun.

3. Menceburi bidang seni sebagai pelakon.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

5. Anak kepada pasangan Ismail Embong (bapa) dan Yatimah Zainab (ibu).

6. Bapanya yang dikenali sebagai Maembong merupakan pelukis terkenal negara. Kakaknya, Emma dan Yaya pula adalah pelakon, manakala abangnya, Bakri adalah pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta.

7. Berdarah kacukan Melayu dan British.

8. Adik-beradiknya yang lain ialah Shikin Maembang (kakak), Beby Maembong (kakak), Coddy Maembong (kakak), Effa Maembong (adik), Ahmad Maembong (abang) dan Bakti Maembong (abang).

9. Pernah membintangi filem Aku Bukan Terrorist. Bakal muncul dalam filem Musyrik, Garang, Headhunter dan Anak Perjanjian Syaitan.

10. Juga drama Kau Yang Terindah, Mimpi Cinderella, Setia Hujung Nyawa, Playboy Itu Suami Aku, Manis, Oh My English! Class Of 2015, Anak Ke-5, Cinta Dari Marikh, Kelas Sebelah Musim 3, Kahwin Muda, Cinta FB, Menantu Bilal, Muzium Misteri, Zahir Tak Terucap, Geng Tadarus dan Selafaz Cinta.

11. Termasuk telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, Jalan Taubat, Apabila Isteriku Melatah, Bella Mencari Cinta, Perempuan Di Hujung Kampung, Awak Kat Mana, Ramadan Terindah Nurani dan Projek Kuih Mak Leha.

12. Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

13. Ramai tidak tahu, Chacha terlebih dahulu bergelar pelakon sebelum Emma, namun popularitinya datang kemudian selepas kakaknya itu. 

14. Juga pernah muncul sebagai model dalam video muzik Lebih Indah nyanyian penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang turut dibintangi aktor Zain Saidin.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Shikin Maembong, Kakak Kepada Emma Maembong

         

Foto

biodata dan latar belakang chacha maembong 2

biodata dan latar belakang chacha maembong 3

biodata dan latar belakang chacha maembong 4

biodata dan latar belakang chacha maembong 5

biodata dan latar belakang chacha maembong 6 223

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Youtube Hot TV

3. Instagram Chacha Maembong




Hakcipta iluminasi.com (2017)