Oleh pada 16 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Musim kedua siri televisyen Malaysia yang popular, Melur Untuk Firdaus kini hadir pada tahun 2023, sebagai kesinambungan drama terkenal itu pada tahun sebelumnya.

Diketahui bahawa pada musim pertama sebanyak 28 episod telah berjaya mencapai rekod penonton sebanyak 11 juta orang di Malaysia, menurut penilaian Nielsen pada tahun 2022.

   

melur untuk firdaus 2

Kredit foto: Tonton Malaysia

Sinopsis

Kisah cinta Melur dan Firdaus kini terpaksa berdepan dengan badai yang kembali datang menghantui perkahwinan mereka dengan kemunculan Mawar. Meskipun pelbagai rintangan cuba menggugat cinta mereka, namun mereka berdua nekad untuk terus mempertahankan hubungan.

Dalam upaya untuk memperkuatkan hubungan mereka, Melur dan Firdaus mula menulis catatan motivasi dan janji baharu setiap minggu.

Sementara itu, Firdaus telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan projek syarikat di luar bandar. Dia menghadapi kesibukan dalam masa bekerja yang memperoleh perhatian Melur, kerana ingin memberikan sokongan kepadanya.

Mawar pula ingin bercuti ke luar negara, tetapi dipaksa oleh bapanya, Tuan Idrus untuk bekerja sebagai persediaan untuk mengambil alih syarikat. Mawar tidak mempunyai motivasi untuk pergi ke pejabat sehinggalah bertemu dengan Firdaus yang membuat hatinya berbunga-bunga dan bersemangat untuk bekerja.

Setelah itu, Firdaus sering berkongsi masa dengan Mawar kerana tuntutan projek yang mereka uruskan bersama.

Sementara itu, Melur kini sedang mencuba nasib dalam bidang penulisan buku kanak-kanak dan ingin menubuhkan syarikat penerbitan novel. Rakan kongsi Melur, Zackery, secara diam-diam mempunyai perasaan terhadapnya.

Dalam masa sama, Lili dan anaknya, Damia, mengalami trauma semula apabila Zain dibebaskan dari penjara. Melur terpaksa memujuk Lili dan berdoa supaya Zain berubah sikap.

Mampukah Melur dan Firdaus mengekalkan ikatan perkahwinan mereka selepas kehadiran Mawar?

Lagi pula Nur Mawar Idrus atau Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Dia datang daripada keluarga yang berada, dengan penampilan yang cantik, elegan dan bergaya. Dia juga seorang jurutera yang berkelayakan tinggi.

Malah, Melur dan Firdaus menghadapi isu lain yang membelenggu rumah tangga mereka, seperti perbalahan mengenai hubungan Melur dengan Haris, serta dilema Melur yang masih belum hamil untuk memberi zuriat kepada Firdaus.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus Musim 1 (Slot Lestary TV3)

Baca: 8 Drama Melayu TV3 Mesti Tonton Sepanjang Tahun 2023, Juga Tersedia Online!

   

sinopsis melur untuk firdaus 2

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pelakon

Dalam sekuel ini, pasangan pelakon utama Meerqeen dan Anna Jobling kembali beraksi bersama.

Juga turut menyertai adalah beberapa pelakon popular tempatan seperti Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Haleeda Mazlin, Zainol Ismail, Puteri Balqis, Hani Nazrina Hanizar, Azhar Amir, Kuza Muzani, Sabrina Sharleen, Qaseh Qhairiena, Naim Shamsol, Islaily Zulaiha dan Tengku Tieya Tengku Zue yang memainkan watak-watak sampingan dalam drama ini.

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zachery (Zack)

Fimie Don sebagai Hariz

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddin

Taib Zamannuri sebagai Raykal

Puteri Balqis sebagai Sally

Kuza Muzani sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamarul

Hairi Safwan sebagai Zain

Hani Nazrina Hanizar sebagai Lili

Islaily Zulaiha sebagai Julie

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Naim Shamsol sebagai Saiful

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Tengku Tieya Tengku Zue sebagai Nana

   

melur untuk firdaus 247

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

A-Ten Alliance Sdn Bhd memproduksi Melur Untuk Firdaus 2 dengan skrip yang dihasilkan oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali. Garapan pengarahannya diserahkan kepada Zamri Zakaria.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Pejam

Penyanyi: Rahmad Mega

Komposer: Omar K, Ikhwan Fatanna

Penulis lirik: Omar K, Ikhwan Fatanna, Harris Baba

    

drama melur untuk firdaus 384

Menyusul siri Ku Akad Kau Dengan Bismillah, drama Melur Untuk Firdaus 2 (bukan adaptasi novel) akan membuat siaran sulung dengan episod 1 pada 16 Mac 2023 di saluran TV3. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Musim 2 Melur Untuk Firdaus akan mula ditayangkan pada 16 Mac 2023 pukul 7 petang setiap hari Khamis hingga Jumaat di saluran TV3 untuk slot Akasia. Selepas itu, ia akan diteruskan pada 20 Mac 2023 di waktu yang sama setiap hari. Jika anda terlepas, anda masih berpeluang menonton kesemua 35 episod menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar yang boleh diakses secara eksklusif dalam talian (online).

Jadual siaran:

Mulai 16 Mac 2023, Khamis hingga Jumaat, 7 malam

Mulai 20 Mac 2023, Setiap Hari, 7 malam

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   

Kredit foto: Melur Untuk Firdaus 2 | Mulai 16 Mac, Setiap hari, 7 malam hanya di TV3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)