Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

    

Sheila Rusly merupakan antara pelakon yang menjayakan drama bersiri adaptasi novel, Bukan Gadis Biasa yang sedang rancak ditayangkan di saluran TV3 menerusi slot Akasia.

Drama arahan Azman Haji Yahya (Jinggo) itu antara lain menampikan lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Mas Khan, Chacha Maembong, Idzham Ismail, Lia Natalia dan ramai lagi.

      

Biodata Sheila Rusly

  • Kelahiran Selayang, Selangor pada 18 September 1971 dan kini berumur 49 tahun.
  • Berdarah campuran Melayu dan Cina.
  • Menceburi bidang seni hiburan sejak tahun 1986 sebagai pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit.
  • Antara drama dibintanginya seperti Orang Gaji 41, Spanar Jaya, Syurga Nur, Leftenan Zana, PIA dan Bukan Gadis Biasa.
  • Termasuk telefilem Good Morning Cikgu, Apa Nak Dikata, Cinta Si Penggali Kubur, Sebuah Ijtihad, Dari Pintu Neraka, Aku Nazmi dan banyak lagi.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Hantu Siang, Guru Badul, Kembar Siam, O. K (Orang Kampung Otak Kimia), Suami, Isteri Dan .....?, MX3, Pontianak Menjerit dan Diva Popular.
  • Juga bergiat dalam bidang pengacaraan sebagai hos rancangan masakan, Ketuk Ketuk Ramadan dan Ketuk Ketuk Syawal.
  • Diiktiraf sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (2003-2007) dan Festival Filem Malaysia untuk Pelakon Komedi Terbaik (2004).
  • Mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penerbit, Azman Hj Yahya atau Jinggo pada tahun 1995 yang mana perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
  • Menggunakan akaun laman sosial Instagram, @sheilarusly_jspictures yang sehingga kini sudah diikuti lebih 2.4 juta peminat.

    

Fakta Menarik

  • Mula bergelar anak seni sejak usia 16 tahun.
  • Seawal pembabitan dalam dunia seni, beliau pernah dikenali sebagai pelawak wanita paling popular kerana kekerapannya membintangi karya arahan A. R. Badul.
  • Dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang dipilih untuk menghiasi kulit depan majalah fesyen.
  • Beliau kini bergiat aktif sebagai penerbit kepada deretan drama berkualiti di kaca televisyen.

    

Foto

sheila rusly

jinggo

resipi sheila rusly

instagram sheila rusly

wikipedia sheila rusly

keluarga sheila rusly

anak sheila rusly

bukan gadis biasa

profil sheila rusly

latar belakang sheila rusly

umur sheila rusly

Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

    

Video

Kredit video: Hubungan Janna Nick, Sheila Rusly renggang?

    

Sumber:

1. Wikipedia Sheila Rusly

2. Sheila tak terkilan anak didik lupa diri

3. Sheila Rusly Tidak Sehebat Orang Lain

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)