Oleh pada 13 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Redza Rosli dan Scha Elinnea menerajui Hati Tanpa Rasa, sebuah siri drama baharu TV3 adaptasi novel Heartless nukilan Ateen Khalid. Tonton slot Samarinda terkini ini yang bersiaran menggantikan Rindu Kasih mulai 13 Disember 2022.

sinopsis hati tanpa rasa

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kaisara (Scha Elinnea) menyembunyikan status dan latar belakangnya apabila menerima pekerjaan yang baik di bandar. Berasal daripada keluarga miskin di sebuah kampung kecil, Kaisara malu untuk mengakuinya kerana takut ditinggalkan rakan-rakan.

Kerana lalai dan mengutamakan kemewahan dunia, Kaisara menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Apabila ibu bapanya datang menemuinya, dia dengan kejamnya tidak mahu berjumpa dengan mereka.

Melihat itu, Nidham (Redza Rosli) mengambil keputusan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya.

Tetapi ayah Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia malam itu membuatkan Nidham nekad untuk memberi pengajaran kepada Kaisara kerana ingin membuka matanya.

Baca: Biodata Yasmin Khalid, Pelakon Drama Berepisod Hati Tanpa Rasa

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 3 (Slot Lestary TV3)

hati tanpa rasa episod 652

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Hati Tanpa Rasa menampilkan bakat tempatan terkenal yang menerajuinya iaitu Redza Rosli dan Scha Elinnea.

Barisan pelakon lain terdiri daripada aktor popular termasuklah Khalida Balqis, Yasmin Khalid, Azim Yusof, Wan Raja, Ayra Messi, Jasmin Hamid, Lisdawati, Amy Nur Tinie, Nick Davis, Syarafi Sudarmaji, Farid Amirul, Zuhairi Ibrahim, Amanda, Said Ismail dan Shakira Stephen.

Watak Pelakon

Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara

Redza Rosli sebagai Naufal Nidham

Khalida Balqis sebagai Julia

Yasmin Khalid sebagai Dr Irina

Azim Yusof sebagai Mika / Mikael

Ayra Messi sebagai Naina

Wan Raja sebagai Encik Barry

Lisdawati sebagai Datin Faezah

Jasmin Hamid sebagai Mak Cik Rohani

Farid Amirul sebagai Dato Hashim

Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin

Amy Nur Tinie sebagai Zahra

Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril

Nick Davis sebagai Isyraf

Said Ismail sebagai Danish

Amanda sebagai Erin

Shakira Stephen sebagai Naila

drama hati tanpa rasa

Kredit foto: Instagram Lisdawati

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh pengarah Emi Sufian dan Ayie Mustafa serta hasil nukilan skrip oleh Nieza Nahar dan Ateen Khalid.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: LIZA HANIM - SEJUTA MAAF [OFFICIAL LYRIC VIDEO HATI TANPA RASA]

   

Tajuk: Sejuta Maaf

Penyanyi: Liza Hanim

Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen

Penulis lirik: Sirkhan

novel heartless

Episod 1 Hati Tanpa Rasa menemui penonton pada 13 Disember 2022. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Saksikan dalam slot Samarinda di saluran TV3 mulai 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Penonton yang terlepas siri 26 episod itu boleh menontonnya menerusi perkhidmatan penstriman dalam talian (online), iQiyi. Pelanggan VIP Ekspres boleh menstrim episod baharu sejam selepas tontonan di skrin TV, manakala setiap episod disiarkan secara percuma 48 jam kemudian.

Kredit video: Trailer | Hati Tanpa Rasa | iQIYI Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)