Oleh pada 02 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah drama televisyen Malaysia tayangan slot Akasia TV3 mulai 2 Julai 2020.

Adaptasi novel dengan tajuk sama karya penulis Siti Rosmizah, arahan Jamal Khan yang merupakan kesinambungan siri fenomena, 7 Hari Mencintaiku ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha selaku teraju utama.

    

7 hari mencintaiku 2 episod

Kredit foto: Instagram SR One Sdn Bhd

    

Sinopsis

Cinta Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) diuji lagi ketika menantikan kunjungan cahaya mata kedua.

Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali menaruh dendam. Puan Hayati mengatur rancangan hebat hingga Mia termakan dengan kata-kata hasutannya.

Mak Leha (Liza Abdullah) yang membenci Mia pula mencari pasangan baru buat Khuzairi.

Konflik antara Khuzairi dan Mia akhirnya membawa kepada persetujuan Khuzairi untuk memperisterikan Nurul (Wafariena Roslan).

Mia akur melangkah pergi meninggalkan Khuzairi bersama anak-anak mereka.

Sementara menanti hari pernikahan Khuzairi dan Nurul, mampukah cinta Khuzairi dan Mia dipertahankan?

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Baca: Info Dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3

    

drama 7 hari mencintaiku 2

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

   

Pelakon

Lakonan utama Siti Saleha dan Shukri Yahaya, disertai pelakon Faye Kusairi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan, Jaja Iliyes, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Shaharuddin Tambi, Bil Azali, Syaffiq Sahli, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Hariesa, Razzuan Rosli , Idris Mat Diah dan Anne Abdullah.

   

Baca: Biodata Pelakon Siti Saleha

Baca: Biodata Pelakon Shukri Yahaya

Baca: Biodata Pelakon Faye Kusairi

Baca: Biodata Pelakon Wan Sharmila

Baca: Biodata Pelakon Syazwan Zulkifli

Baca: Biodata Pelakon Wafariena Roslan

Baca: Biodata Pelakon Jaja Iliyes

     

novel 7 hari mencintaiku 2

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Jamal Khan dan terbitan SR One Sdn Bhd.

Jamal Khan antara lain pernah menduduki kerusi sutradara untuk drama bersiri Duda Pujaan Dara, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Asalkan Dia Bahagia.

    

Kredit video: Opening Montage 7 Hari Mencintaiku 2

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST 7 Hari Mencintaiku 2) Dato' Sri Siti Nurhaliza - Aku Bidadari Syurgamu (Official Audio)

        

Tajuk: Aku Bidadari Syurgamu

Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Komposer: Ippo Hafiz

Lirik: Siti Rosmizah

    

pelakon 7 hari mencintaiku 2 791

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Waktu Siaran

Bersiaran sebanyak 33 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3 mulai 2 Julai 2020.

     

Kredit video: 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1

       

Sumber:

1. Novel 7 Hari Mencintaiku 2

2. Instagram Drama Sangat

3. Wikipedia 7 Hari Mencintaiku 2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)