Oleh pada 12 Apr 2021 kategori

   

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'Penjara Janji' merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 yang menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 12 April 2021.

Sentuhan sutradara Azman Yahya ini dilakonkan Alif Satar, Azira Shafinaz, Zulin Aziz, Raja Hakim, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

drama penjara janji 808

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Zulkifli (Fauzi Nawawi) atau Zack, seorang banduan yang bakal dihukum gantung, mula berasa insaf dan bertaubat pada Tuhan.

   

Atas bantuan seorang warden penjara bernama Rizan (Alif Satar), dia mengemukakan hasrat terakhir untuk mencari semula isteri dan anaknya, namun niatnya itu telah memberi kesan kepada perhubungan Rizan dan tunangnya, Rozita (Azira Shafinaz).

Rozita berasa terpinggir. Malah di luar pengetahuan Rizan, Zulkifli rupanya adalah bapanya yang tidak pernah ditemui selama ini!

   

sinopsis penjara janji

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pelakon

Dibintangi Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Zulin Aziz, Raja Hakim, Syed Ali Murtadha, Aida Aris, Baggio, Esma Daniel dan Aishah Atan.

Baca: Biodata Alif Satar

Baca: Biodata Azira Shafinaz

Baca: Biodata Zulin Aziz

Baca: Biodata Raja Hakim

Baca: Biodata Penyanyi Fareez Fauzi, Anak Fauzi Nawawi

pelakon penjara janji

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah naskhah terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang digarap oleh sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Damba CintaMu - Alif Satar & Raihan

Tajuk: Damba CintaMu

Penyanyi: Alif Satar & Raihan

Komposer: Abu Bakar Md Yatim

Penulis lirik: Abu Bakar Md Yatim

   

Tajuk: Rahsia

Penyanyi: Zulin Aziz

Komposer: Zulin Aziz

Penulis lirik: Zulin Aziz

       

penjara janji episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Waktu Siaran

Tayangan 15 episod di slot Samarinda, saluran TV3 yang menemui penonton bermula 12 April 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Juga boleh tonton di platform penstriman iflix dan WeTV.

    

Kredit video: Penjara Janji l Mulai 12 April, Setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam hanya di TV3

    

Kredit video: Opening Montage Penjara Janji

    

Sumber:

1. Drama Sangat

2. JS Pictures




Hakcipta iluminasi.com (2017)