Oleh pada 17 Feb 2021 kategori
aku yang kau gelar isteri

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   
Aku Yang Kau Gelar Isteri merupakan sebuah siri drama Malaysia 2021 yang ke udara di slot Samarinda TV3 mulai 17 Februari 2021, bagi menggantikan drama rantaian Takdir Yang Tertulis.
   
Karya arahan sutradara Shuhaimi Lua ini menggandingkan pelakon Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Zaki Azeman dan ramai lagi.
  
sinopsis aku yang kau gelar isteri

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

   

Sinopsis

Mengisahkan cinta Laila (Sharifah Sakinah) terhadap Ezlan (Adi Putra) yang tidak berbalas selepas Ezlan memutuskan untuk menikahi Raihani (Nadia Brian).
  
Kerana dendam, Laila menggunakan kaedah mistik dengan bantuan Embun (Lana Nodin) bagi memusnahkan rumah tangga Ezlan dan Raihani.
   
Hubungan Ezlan dan Raihani diuji dengan kehadiran Laila sebagai orang ketiga.
  
aku yang kau gelar isteri episod

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

   

Pelakon

Menampilkan Adi Putra dan Sharifah Sakinah sebagai teraju utama.
  
Turut dilakonkan Nadia Brian, Atiq Azman, Jasper Supayah, Zaki Azeman, Lana Nodin, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Baby Azreen, Kuza, Aznah Hamid, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran, Razali Abdul Ghani, Zalela Abdul Kadir dan Rosli Rahman Adam.
  
  
drama aku yang kau gelar isteri

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan Shuhaimi Lua, hasil terbitan produksi Tanah Beris Film Production.
  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Naim Daniel - Purnama (Official Music Video)

       
Tajuk: Purnama
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel
Penulis lirik: Amzar Razqa 
    
aku yang kau gelar isteri novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Siaran 15 episod, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 17 Februari 2021, terbaharu di Slot Samarinda TV3.
   

Kredit video: AKU YANG KAU GELAR ISTERI - PROMO

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)