Oleh pada 26 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

 

'Sitik Tok' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang diarahkan oleh sutradara Joon Goh.

    

Drama yang mula menghiasi slot Samarinda TV3 pada 22 Julai 2021 ini dikemudi oleh barisan pelakon popular iaitu Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah dan Nelissa Nizam.

     

sitik tok tv3 870

Kredit foto: Facebook Drama Sitiktok

Sinopsis

Siti (Scha Elinnea) merupakan seorang gadis kampung yang berperwatakan periang serta suka bermain aplikasi TikTok hingga mendapat jolokan nama 'SiTikTok'.

Siti sering menjadikan aktiviti orang kampungnya sebagai kandungan dalam video TikTok hingga mengundang rasa malu terhadap keluarga tunangnya, Harun. Harun dipaksa untuk mengakhiri hubungan mereka.

Lantaran itu, Siti berhijrah ke ibu kota atas restu ibunya, namun dengan syarat dia perlu menetap di kediaman sepupunya, Jaja (Nelissa Nizam).

Jaja bagaimanapun tidak menyenangi kehadiran Siti. Jaja adalah seorang pengusaha bisnes online dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakam video dan menyimpan stok.

Manakala teman serumah mereka, Maru (Zamaera) pula menjalankan perniagaan ‘food truck’.

Populariti diraih Siti menarik minat seorang penyanyi rock kapak bernama Chuchox (Acong Sweetchild) untuk menjalinkan kerjasama dengannya. Begitu juga dengan pasukan Jaja yang membayar Siti untuk membuat ‘review’ produk.

Sementara itu, Miss Rona (Nadia Aqilah) mencetuskan fenomena dalam kalangan ‘influencers’ tempatan.

Siti mula rapat dengan Shon (Niezam Zaidi), seorang jurugambar yang anti media sosial. Adakah mereka mempunyai keserasian untuk bersatu?

Watak Pelakon

Scha Elinnea sebagai Siti

Niezam Zaidi sebagai Shon

Nadia Aqilah sebagai Miss Rona

Nelissa Nizam sebagai Jaja

Syazlin Zainal sebagai Teena

Aznie Azmi sebagai Luna

Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib

Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

Zamaera sebagai Maru

Kahoe Hon sebagai Xander

Dee Alhadi sebagai Mimi

Acong Sweetchild sebagai Chuchox

sitik tok cast 969

Kredit foto: Instagram Joanna Lee

Pelakon / Cast

Dilakonkan oleh para pelakon meningkat naik antaranya Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah dan Nelissa Nizam.

Penampilan bersama Hafizul Kamal, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff, Tria Aziz, Mia Sabrina Mahadir, Zamaera, Kahoe Hon, Dee Alhadi, Acong Sweetchild dan Anuar Haji Abdul Hamid.

Baca: Biodata Scha Elinnea

Baca: Biodata Niezam Zaidi

Baca: Biodata Nelissa Nizam

Baca: Biodata Syazlin Zainal

Baca: Biodata Aznie Azmi

sitik tok episod

Kredit foto: Instagram WeTV Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menampilkan Joon Goh selaku pengarah dalam naskhah skrip yang ditulis oleh Nadia Khan, Adib Zaini, Dayang Noor dan Jarr Nadjmuddean.

   

Sebuah karya produksi Wildsnapper TV.

    

sitik tok drama

sinopsis sitik tok

Kredit foto: Instagram Joon Goh & Instagram Wildsnapper TV

Waktu Siaran

Siri berdurasi 30 minit ini ke udara selama 16 episod, bermula 22 Julai 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Juga berada dalam kandungan platform penstriman dalam talian, WeTV selepas satu jam tayangan.

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 SiTik Tok (2021)

Sumber:

1. Jangan terlepas menonton dua drama menarik ini di TV3!

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)