Biodata

Nama penuh: Ainul Aishah binti Azizun

Nama popular: Ainul Aishah

Tarikh lahir: 16 April 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan ahli perniagaan

Media sosial: Instagram @ainulaishah

Fakta Menarik

1. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Multimedia Kreatif di Universiti Multimedia.

3. Berkawan rapat dengan pelakon Nadia Brian.

4. Asalnya merupakan seorang model yang akhirnya terjun ke bidang lakonan.

5. Lakonan pertamanya menerusi watak Siti Hajar dalam filem Nana Tanjung arahan sutradara A. Razak Mohaideen pada tahun 2006.

6. Diikuti filem-filem popular lain seperti Otai, Nana Tanjung 2, Histeria, Skrip 7707 dan Untuk 3 Hari.

7. Telefilem lakonannya ialah Surat Buat Bakal Isteriku, tidak terkecuali penampilan menerusi teater Putera La Galigo. Manakala antara drama dibintanginya seperti Spa Qistina, Cinta Balqis, Begitukah Cinta, Akadku Yang Terakhir, Lara Aishah dan Seribu Rindu.

8. Dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Nana Tanjung di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 17 dan 18 Disember 2007, membawa watak sebagai Awan.

9. Pernah suatu ketika iaitu sekitar tahun 2010, beliau menghilangkan diri daripada dunia hiburan kerana sibuk memberi fokus terhadap francais perniagaan keluarganya, Tutti Frutti sambil mendalami ilmu bisnes.

10. Manakala sejak 2013, beliau mula menguruskan perniagaan biskut A Cookies.

11. Kini, Ainul kerapkali berkongsi foto-fotonya bersenam di gim, sekaligus menarik perhatian ramai terhadap perubahan tubuhnya yang makin langsing.

12. Dalam pada itu, Ainul yang memiliki kulit gelap secara semulajadi itu mengakui berbangga dengan warna kulitnya, selain tidak pernah berhajat untuk melakukan rawatan pemutihan kulit.

Foto

biodata ainul aishah pelakon drama seribu rindu 2 179

biodata ainul aishah pelakon drama seribu rindu 3 513

biodata ainul aishah pelakon drama seribu rindu 5

biodata ainul aishah pelakon drama seribu rindu 6

biodata ainul aishah pelakon drama seribu rindu 6

Kredit :

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Sinar Harian

4. Instagram Ainul Aishah




Hakcipta iluminasi.com (2017)