Oleh pada 25 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

'Malaysian Ghost Stories' merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) bergenre seram yang menggandingkan para pelakon terkenal tanah air seperti Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nabil Aqil, Fariz Isqandar (Yoyol), Chubb-E, Ellie Suriaty, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Episod 1 menemui penonton di saluran Astro Ria pada 25 Ogos 2021.

sinopsis malaysian ghost stories

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Drama saspens yang menghimpunkan 18 buah kisah seram mengenai pelbagai jenis hantu dalam alam mistik legenda yang sering diceritakan dan didengar secara turun temurun di Malaysia.

Ia dipaparkan dalam sentuhan baharu yang sekaligus membolehkan penonton mempelajari cara mengatasi sebarang bentuk gangguan mistik.

Sebanyak 18 buah cerita hantu akan disiarkan dalam paparan setiap episod.

Judul-judul berkenaan adalah Nenek Hostel, Hantu Kum Kum, Nenek Kebayan, Jin Pemusnah, Hantu Raya, Hantu Air, Balan-Balan, Pontianak, Langsuir, Pelesit, Hantu Jepun, Pocong, Nu Gui (Hantu Cina), Nishi Dak (Hantu India), Ulek Mayang, Hantu Tiada Kepala, Hantu Barang Antik dan Hantu Jari.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawa (Slot Megadrama Astro)

malaysian ghost stories astro ria

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Membariskan para pelakon di kalangan selebriti ternama negara seperti Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen (Hero Remaja), Anna Jobling (Dewi Remaja), Fimie Don, Nabil Aqil, Fariz Isqandar (Yoyol), Izzy Reef, Zaki Yamani, Chubb-E, Eric Fuzi, Fadhli Masoot, Bella Astillah, Syazwan Zulkifly dan Ara Johari.

Tidak ketinggalan, Amerul Affendi, Nazeera Sardi, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Adam Shahz, Sabrina Ali, Balkisyh Semundur Khan, Ellie Suriaty Omar, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Razman Mahayuddin, Aliff Idham, Syamim Razi, Armand Ezra, Keith Foo, Kazar Saisi, Erry Putra, Hamdan Senario dan ramai lagi.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ali Alia (Slot Tiara Astro)

malaysian ghost stories astro

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada produksi Arie Zaharie Production dan AA Success Pictures yang mendapat sentuhan daripada pengarah Azhari Zain, Eoon Shuhaini dan Izuan Mokhtar.

Idea asal oleh Syawal Azrai ini diterjemahkan oleh panel penulisan skrip terdiri daripada Epy Kodiang, Srikandi Emma, Aloy Paradoks dan Amar Amir.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tragedi

Penyanyi: Amira Othman

Komposer: Sharon Paul, Amira Othman

Penulis lirik: Amira Othman

     

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Gunting The Series (Astro Ria)

malaysian ghost stories drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Tonton 18 episod 'Malaysian Ghost Stories' secara eksklusif di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam mulai 25 Ogos 2021.

Siri ini turut dimuatkan dalam kandungan aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: MALAYSIAN GHOST STORIES TRAILER (MULAI 25 OGOS 2021)

Sumber:

1. Bambam Studios

2. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)