Oleh pada 12 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Tahyul merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang akan dimuatkan dalam kandungan slot Samarinda TV3 mulai 12 Oktober 2021.

Siri yang menggantikan drama Dear Cinta ini menampilkan lakonan para pelakon remaja terkenal seperti Aniq Suhair, Cik B, Ahmad Adly Sofwan, Wani Kayrie dan Shah Khan.

drama tahyul 254

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

Sinopsis

Sekumpulan pencipta konten yang terdiri daripada lima remaja bersahabat, menghoskan video di laman sosial "Tales Of Tahyul" yang mana ia berkaitan dengan aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

Realitinya, mereka hanya memperdayakan followers mereka. Rakaman video mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan.

Mereka obses untuk menarik perhatian netizen dan ingin menjana pendapatan yang lumayan.

Apabila penggambaran video bermula, situasi menjadi tidak terkawal apabila ia semakin jelas yang lokasi dipilih mereka itu memang benar-benar berhantu yang mana ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri dan tragedi.

Kesilapan masa lalu mereka mula menghantui kembali.

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

pelakon tahyul 984

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

Pelakon / Cast

Menampilkan barisan pelakon muda sebagai tunjang utama iaitu Aniq Suhair (Hero Remaja 2020), Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly Sofwan dan Shah Khan, di samping para pelakon tanah air terkenal seperti Rozita Che Wan, Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff dan adik Nur Diana Miazara.

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Wani Kayrie

Baca: Biodata Cik B

Baca: Biodata Ahmad Adly Sofwan

Baca: Biodata Shah Khan

Baca: Biodata Rozita Che Wan

Baca: Biodata Aidit Noh

sinopsis tahyul

Kredit foto: Instagram Ahmad Adly Sofwan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri arahan Che Mie daripada penulis skrip Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil ini diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: INDAH RUHAILA - DEMI KAMU (OFFICIAL AUDIO VIDEO)

Tajuk: Demi Kamu

Penyanyi: Indah Ruhaila

Komposer: Johan John

Penulis lirik: Khaleel

tahyul episod

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Waktu Siaran

Tonton 16 episod drama Tahyul yang mula bersiaran pada 12 Oktober 2021 (episod 1), setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

    

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Zeel Production




Hakcipta iluminasi.com (2017)