Biodata

1. Nama lengkapnya, Nur Atikah binti Mohd Suhaime, namun popular sebagai Atikah Suhaime.

2. Dikenali sebagai pelakon dan model.

3. Artis kecil molek kelahiran Tampines, Singapura.

4. Lahir pada 15 Mac 1991. Kini berumur 28 tahun (2019).

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Memiliki diploma dalam jurusan Komunikasi Media daripada Politeknik Singapura.

7. Menceburi bidang seni sejak tahun 2010.

8. Seawal pembabitan, beliau membintangi drama Singapura berjudul Dikir Putri dan Delicatessen.

9. Melebarkan sayap seni ke negara Malaysia pada tahun 2012.

10. Penerbit David Teo menerusi syarikat Metrowealth International Group (MIG) membuka peluang kepadanya sebagai artis naungan hingga pernah dikatakan sebagai ayam tambatan dan anak emas syarikat berkenaan.

11. Kerjaya beliau berkembang menerusi drama Rawan, Ruby, Dewi Lasak, Bila Hati Berbicara, Bukan Isteri Sempurna, Si Kolot Suamiku, Terlarang Sudah Rinduku, Seharum Mawar, Klik! Pengantin Musim Salju dan Cinta Tiada Ganti. Juga drama Singapura, Instageram pada 2017.

12. Termasuk telefilem Kampung Mangkur Sengkuang, Nur Hikmah dan Doa Ibu.

13. Di layar perak, beliau menghiasi filem Lagenda Budak Hostel, Longkai, Highland Tower, Muka Surat Cinta, Banglasia, Gudang Kubur, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, My Stupid Boss, Volkswagen Kuning dan Pencuri Hati Mr. Cinderella.

14. Mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael dan sepatutnya berkahwin pada 17 Mac 2019, namun membatalkan majlis empat hari sebelum tarikh ia dirancang berlangsung.

15. Sesetengah pihak menyamakan wajahnya dengan pelakon jelita, Nur Fazura.

16. Meletakkan Nur Fazura, Maya Karin dan Nora Danish sebagai idola dalam dunia lakonan.

       

Baca: 10 Fakta Pelakon Atikah Suhaime Yang Ramai Tak Tahu!

        

Foto

biodata dan latar belakang pelakon atikah suhaime 2

biodata dan latar belakang pelakon atikah suhaime 3

biodata dan latar belakang pelakon atikah suhaime 4

biodata dan latar belakang pelakon atikah suhaime 5

biodata dan latar belakang pelakon atikah suhaime 6

Kredit foto: Instagram Atikah Suhaime

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)