Oleh pada 10 Jun 2021 kategori

Love You Mr. Arrogant merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2013 yang diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini.

Adaptasi novel 2011 dengan tajuk sama hasil tulisan Aliesha Kirana ini dilakonkan oleh Azlee Khairi, Zara Zya, Saharul Ridzwan, Hanez Suraya, Aishah Ilias dan Anzalna Nasir.

sinopsis love you mr arrogant

Sinopsis

Drama yang menjadi fenomena ini mengisahkan tentang Zaara Amirah (Zara Zya) yang dilamar Zafriel Irham (Azlee Khairi) selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Irham ingin menikahi Zaara hanya kerana enggan berkahwin dengan Sherry (Hanez Suraya) yang menjadi pilihan ibunya, Puan Sri Maryam (Norish Karman).

Apatah lagi, jika Irham tidak menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, syarikat Irham Holdings akan diserahkan kepada sepupunya, Hadry (Keith Foo).

Zaara bagaimanapun tidak menyedari keegoan Irham hingga menjadi isteri kepada lelaki asing itu.

Dia tidak dibenarkan tidur sekatil dengan Irham, malahan keluarga Irham juga tidak menyenangi kehadirannya sebagai menantu.

Semakin lama, Zaara mula menaruh hati terhadap suaminya itu kerana di sebalik sikap kasarnya, dia juga sering mempertahankan Zaara daripada disakiti Puan Sri Maryam.

Hubungan mereka kemudiannya diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Konflik bertambah apabila Puan Sri Maryam yang mengalami masalah jantung ingin melihat Irham menunaikan hajat berkahwin dengan Sherry.

Zaara memberi keizinan hingga membuatkan Irham berada dalam dilema.

drama love you mr arrogant

     

Pelakon

Diterajui oleh Azlee Khairi dan Zara Zya.

Juga menampilkan Hanez Suraya, Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Aishah Ilias, Norish Karman, Fezrul Khan, Keith Foo, Raja Ilya, Mustapha Kamal, Wan Raja, Alex Yanz, Chew Kin Wah, Siti, NurFateha Iman, Adam Iman, Fadilah Mansor dan Idris Md Diah.

Baca: Biodata Azlee Khairi

Baca: Biodata Zara Zya

Baca: Biodata Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Anzalna Nasir

Baca: Biodata Aishah Ilias

Baca: Biodata Fezrul Khan

Baca: Biodata Raja Ilya

pelakon love you mr arrogant

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada syarikat penerbitan Primeworks Studios, diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nomad - Tetap Menantimu (Official Music Video)

Tajuk: Tetap Menantimu

Penyanyi: Nomad

Komposer: Akid

Penulis lirik: Poji

love you mr arrogant episod

     

Waktu Siaran

Pernah ditayangkan di slot Akasia TV3 dari 25 September 2013 hingga 7 November 2013.

Kini kembali menemui peminat drama melayu di slot Samarinda TV3 mulai 10 Jun 2021, Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, selama 26 episod.

Kredit video: Love You Mr. Arrogant | Episod 15

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Love You Mr Arrogant




Hakcipta iluminasi.com (2017)