Oleh pada 20 May 2021 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Adam & Hawa merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2012 yang pernah ditayangkan di saluran Astro Mustika HD.

Adaptasi novel dengan tajuk sama karya Aisya Sofea ini menampilkan lakonan Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Elfaeza Ul Haq, Puteri Sarah, Rizal Jaafar, Anzalna Nasir dan Dazrin Kamarudin.

Penceritaan siri ini turut disambung dalam sekuel berjudul Dekatnya Cinta (filem) yang ditayangkan di saluran Astro First mulai 13 Mei 2021.

drama adam dan hawa

Kredit foto: Instagram Aisya Sofea

Sinopsis

Ain Hawani (Nadiya Nisaa) merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang cuba mencari pendapatan dengan bekerja secara sambilan sebagai 'guru ganti' di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz (Aaron Aziz).

Ain merancang menyambung pengajian di universiti sebagaimana remaja-remaja wanita lain.

Namun kehadiran Adam Muhkriz, seorang pilot kacak bak 'playboy' telah mengubah kehidupannya.

Ain menjadi mangsa keadaan apabila terjerat dan ditangkap khalwat bersama Adam.

Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga tanpa rela yang mana ikatan suami isteri itu hanya tertulis di atas kertas.

Cinta Adam terhadap Ain langsung tidak diendahkannya, malah Ain menjauhkan diri demi mencari harga dirinya yang dirasakan hilang.

Begitupun satu pertemuan tidak dirancang kembali membawa cinta Ain terhadap Adam yang selama ini cukup dibencinya.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Dekatnya Cinta (Adam Dan Hawa 2)

   

dekatnya cinta 899

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

   

Pelakon

Lakonan utama Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Juga dibintangi Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Anzalna Nasir, Puteri Sarah Liyana, Rizal Jaafar, Norman Hakim, Shakilla Khoriri, Lydiawati, Amyza Aznan, Rozie Rashid, Raja Nor Baizura, Liza Zain, Fazilah Mansor, Aznah Hamid, Manan Sulaiman, Betty Rahmad, Fazil Kamaruddin, Syamimi Azra Samat, Watie Dillawati, Mummee Noor, Yusri Salleh, Shafiz, Aishah Sudin, Nurin dan Juwita.

   

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Anzalna Nasir

Baca: Biodata Puteri Sarah Liyana

   

dekatnya cinta movie 469

adam dan hawa pelakon

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Feroz Kader dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: [MV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Tajuk: Muara Hati

Penyanyi: Siti Nurhaliza & Hafiz Suib

Komposer: Adi Priyo Sambodo (Adi 6ixth Sense)

Penulis lirik: Adi Priyo Sambodo (Adi 6ixth Sense)

adam dan hawa movie

Waktu Siaran

Mula bersiaran pada 27 Ogos 2012 selama 80 episod di saluran Astro Mustika HD.

Juga boleh distrim di Astro Go dan saluran Youtube Astro Gempak.

Kredit video: Adam Dan Hawa - Episod 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Novel Adam Dan Hawa




Hakcipta iluminasi.com (2017)