Oleh pada 26 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'Lockdown' merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 yang membariskan 23 pelakon berpengaruh tanah air antaranya Zara Zya, Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Mimi Lana dan Izzue Islam.

Siri yang diangkat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat ketika zaman 'lockdown' ini ditulis oleh pengarah terkenal Erma Fatima dan diarahkan oleh sutradara Pali Yahya.

Penggambaran secara keseluruhan mengambil masa 24 hari.

lockdown 480

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Sinopsis

Berdasarkan kisah benar, 'Lockdown' mengangkat situasi pahit manis yang dihadapi rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Membawakan lapan buah cerita kehidupan berbeza yang dilalui oleh orang ramai dalam usaha meneruskan kehidupan mengikut acuan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Ia diinspirasikan daripada realiti yang didepani pelbagai lapisan masyarakat ketika penularan Covid-19 yang bagai tiada hentinya ini.

Antara kisah dipaparkan termasuk kehidupan seorang anak yang menguruskan ibunya yang menderita sakit Alzheimer, pasangan yang menghadapi krisis perniagaan ketika berlangsung PKP, kehidupan pasangan suami isteri baharu yang bekerja dari rumah, serta pasangan yang diduga dengan ujian hidup khususnya apabila si suami berdepan kemalangan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lockdown Musim 2 (Astro Ria) 2022

   

Watak Pelakon

Zara Zya sebagai Ina

Syafiq Kyle sebagai Hairi

Beto Kusyairy sebagai Malik

Nabila Huda sebagai Aliya

Kaka Azraff sebagai Ria

Izzue Islam sebagai Rafi

Mimi Lana sebagai Milia

Amerul Affendi sebagai Wan

Aishah Azman sebagai Wani

Sara Ali sebagai Alin

Fahrin Ahmad sebagai Zain

Balkisyh Semundur Khan sebagai Sue

Nasz Sally sebagai Salmah

Liza Abdullah sebagai Atikah

Hasnul Rahmat sebagai Johan

Marisa Yasmin sebagai Mona

Anne Abdullah sebagai Mak Adam

Azizah Mahzan sebagai Mak

Jalil Hamid sebagai Bakri

Syamsul Debat sebagai Ustaz

Meor Mohd sebagai Hamid

Razak Ahmad sebagai Sabri

Fadhil Dani sebagai Ayah Alin

pelakon lockdown

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Pelakon / Cast

Menggunakan khidmat 23 pelakon hebat iaitu Zara Zya, Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kaka Azraff, Izzue Islam, Mimi Lana, Amerul Affendi, Aishah Azman, Sara Ali, Fahrin Ahmad, Aiman Badrul, Balkisyh Semundur Khan, Nasz Sally, Liza Abdullah, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Marisa Yasmin, Anne Abdullah, Azizah Mahzan, Jalil Hamid, Ustaz Syamsul Debat, Meor Mohd, Razak Ahmad dan Fadhil Dani.

Baca: Biodata Zara Zya

Baca: Biodata Syafiq Kyle

Baca: Biodata Nabila Huda

Baca: Biodata Kaka Azraff

Baca: Biodata Izzue Islam

Baca: Biodata Mimi Lana

Baca: Biodata Aishah Azman

Baca: Biodata Sara Ali

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

sinopsis lockdown

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Cerita asal dan skrip siri arahan sutradara Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) ini dicetuskan oleh pengarah berpengalaman, Erma Fatima yang direalisasikan oleh syarikat produksi U2 Media Sdn Bhd.

      

lockdown episod

Kredit foto: Instagram Astro Go

Waktu Siaran

10 buah siri episod bermula 26 Julai 2021, ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria (104).

Juga boleh ditonton secara strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand secara percuma kepada semua pelanggan Astro.

    

Kredit video: [EPISOD PENUH] LOCKDOWN - Episod 1

   

Kredit video: [PROMO] LOCKDOWN - Drama Terbaru di Astro Ria Mulai 26 Julai 2021

     

Sumber:

1. Skrip 'jujur' berdasar realiti

2. 23 Bintang, 24 Hari Penggambaran, Lockdown Angkat Realiti Situasi Rakyat Di Kala Pandemik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)