Oleh pada 10 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

"Derhaka Sebuah Cinta", sebuah drama yang mempertemukan bintang-bintang terkenal seperti Aaron Aziz, Zara Zya dan Intan Ladyana, sudah ditayangkan sejak 6 Februari 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam di Astro Ria, mengisi slot siaran ini setelah siri "Nikah Cerai Rujuk" menamatkan penayangannya minggu lalu.

derhaka sebuah cinta sinopsis

Kredit foto: Instagram @goodluckheidi1

   

Sinopsis

Azmir melakukan pengkhianatan pada isterinya, Dahlia, dengan meninggalkan dan memilih untuk hidup bersama Kyra, isteri barunya. Anak baru lahir Dahlia juga diambil dan digunakan sebagai pengganti anak Kyra yang telah meninggal, membuatkan Dahlia terperangkap dalam kesedihan dan kesakitan yang mendalam. Memutuskan untuk membalas dendam dan meruntuhkan kebahagiaan Azmir, Dahlia bertekad untuk mengambil alih nasibnya kembali.

drama derhaka sebuah cinta

Kredit foto: Instagram @goodluckheidi1

Pelakon

Siri drama "Derhaka Sebuah Cinta" membawa bersama-sama artis terkenal dalam industri drama tempatan, seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Farisha Irwayu, Nada Nursyuhada, Alessya, Sahronizam Noor, Zulkifli Ismail, Suhaili Mohd Disa dan Busroyani Mohd Desa.

Watak Pelakon

Aaron Aziz sebagai Azmir

Zara Zya sebagai Dahlia

Intan Ladyana sebagai Kyra

Nazrief Nazri sebagai Naufal

Sabhi Saddi sebagai Doktor Izzudin

Nada Nursyuhada sebagai Junita

Farisha Irwayu sebagai Datin Karmila

Alessya sebagai Qaliha

Sahronizam Noor sebagai Dato Norman

Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir

   

derhaka sebuah cinta episode

Kredit foto: Instagram @zarazyaloverzfc

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Skrip bagi drama ini ditulis oleh Nieza Nahar dan penerbitannya dilakukan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Sementara itu, pengarahannya ditangani oleh Ejump Mohd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NIKKI PALIKAT - SUDAH (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

   

Tajuk: Sudah

Penyanyi: Nikki Palikat

Komposer: Naim Daniel

Penulis lirik: Naim Daniel

   

pelakon derhaka sebuah cinta

Episod 1 Derhaka Sebuah Cinta (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 6 Februari 2023. Kredit foto: Instagram @goodluckheidi1

   

Waktu Siaran

Berdurasi satu jam penuh dengan penceritaan dramatik, "Derhaka Sebuah Cinta" akan menghiburkan penonton selama 20 episod. Siaran bermula pada 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Tidak kira di mana anda berada, anda juga boleh menikmati drama ini melalui aplikasi Astro GO, perkhidmatan "on demand" dan Sooka, untuk pengalaman menonton yang lebih fleksibel.

Kredit video: [TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama




Hakcipta iluminasi.com (2017)