Kredit foto: Instagram Imam Shah

Siapa Imam Shah? Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib yang lebih terkenal sebagai Imam Shah merupakan seorang pelakon lelaki kelahiran Singapura.

Namanya menjadi tular lewat ini selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Hannah Delisha.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.
  • Dikenali dengan nama popular, Imam Shah.
  • Berumur 32 tahun.
  • Kelahiran Singapura.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.
  • Antara drama Singapura yang dibintanginya termasuk Mengejar Mentari, S.O.S, Firasat, Firasat 2, Saga, 31 Disember, Faculty dan Saga 2.
  • Kemunculannya di kaca televisyen Malaysia menerusi siri Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro Ria) dan Kau Yang Pertama (TV3).
  • Berkahwin dengan Hannah Delisha yang juga pelakon kelahiran Singapura pada 18 Februari 2021, selepas lima tahun berkenalan.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @imamemy telahpun mencatatkan lebih 120,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Anak kepada pelakon veteran, Mariana Yati.
  • Sepupu kepada aktres Nadiyah Shahab.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amat pemalu dan gemar membuat hal sendiri.
  • Gemar meluangkan masa di gimnasium.
  • Penuntut seni silat, tinju dan muay thai.
  • Mengutamakan peningkatan kualiti dalam lakonan, sekaligus mengetepikan soal populariti.
  • Gemarkan privasi, justeru jarang berkongsi foto di Instagram.
  • Takut berhujah di pentas kerana sifatnya yang mudah menggelabah - bak karakter ibunya!
  • Memegang prinsip yang diperturunkan oleh ibunya, berbunyi - "apabila seseorang berasakan dirinya adalah yang terbaik, itulah jalan pada kemusnahan kerjayanya".
  • Meletakkan pelakon Bront Palarae sebagai idola dalam karier lakonan.

   

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Pelakon Mariana Yati, Ibu Imam Shah

Baca: Biodata Penyanyi Noor Ashikin Ahmad (Kakcik Wujud), Ibu Hannah Delisha

   

Foto

imam shah dulu

imam shah family

mariana yati

imam shah pelakon 563

imam shah

umur imam shah

suami hannah delisha

hannah delisha

imam shah drama

imam shah hannah delisha

Kredit foto: Instagram Imam Shah

Video

Kredit video: Farid Kamil Buang Loghat Utara demi Lafazkan Kalimah Cintamu |Nelydia, Farid Kamil & Imam

Sumber:

1. Imam Shah rela tidak dikenali asal lakonan menjadi

2. Imam Shah : Profile 




Hakcipta iluminasi.com (2017)