Oleh pada 24 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

     

'Scammer' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang bakal bersiaran pada 24 Mei 2021 di saluran Astro Ria.

  

Arahan sutradara Norhanisham Muhammad ini menggandingkan pelakon Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha sebagai bintang utama.

  

scammer astro ria

Kredit foto: Astro

  

Sinopsis

Kisah penuh saspens dengan plot menarik mengenai Joe (Kamal Adli) yang bekerja di sebuah bank, melakukan pecah amanah dengan membuat transaksi pemindahan duit secara tidak sah.

  

Semuanya gara-gara kesempitan hidup yang dihadapi selepas mengetahui isterinya, Nisa (Fasha Sandha) bakal bersalin.

  

Akibat daripada itu, Joe diberhentikan kerja apabila pihak bank berjaya menghidu perbuatannya.

  

Joe kemudiannya menerima tawaran kerja daripada bekas kekasihnya, Amy (Siti Saleha), seorang peguam bela penjenayah ternama, sebelum mendapat tahu ianya adalah sindiket pengubahan wang haram.

  

Asalnya Joe ingin menarik diri, namun telah 'gelap mata' dengan pulangan gaji yang lumayan.

      

Sementara itu, Nisa terkejut apabila diberitahu Joe tidak lagi berkhidmat di bank. Malah Joe menyembunyikan pekerjaan terbarunya itu daripada pengetahuan Nisa.

    

scammer astro

Kredit foto: Astro

  

Pelakon

Dijayakan pelakon Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Muaz Fitri Maslan, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Kak Girl, Aireen Riana, Faizul Syaharin, Tony Eusoff, Arash Mohamad, Brian Chan, Chew Kin Wah dan Megat Sharizal.

  

Baca: Biodata Kamal Adli

Baca: Biodata Siti Saleha

Baca: Biodata Fasha Sandha

Baca: Biodata Muaz Fitri Maslan

Baca: Biodata Jay Iswazir

  

drama scammer

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Hasil kerja produksi Radius One Sdn Bhd daripada pengarah Norhanisham Muhammad (Labu).

      

Lagu Tema (OST)

Kredit video: MeerFly - DUIT (OST SCAMMER)

   

Tajuk : Duit

Penyanyi : MeerFly

Komposer : Farouk Roman

Penulis lirik : MeerFly

      

scammer episod

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

  

Waktu Siaran

Menemui penonton selama 20 episod mulai 24 Mei 2021 menerusi saluran Astro Ria, dari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam.

  

Juga boleh distrim di platform Astro Go dan On Demand.

   

scammer drama

pelakon scammer

sinopsis scammer

Kredit foto: Instagram Siti Saleha & Instagram Bambam Studios

     

Kredit video: Scammer Official Trailer

      

Sumber:

1. 'Suami' Terlibat Pengubahan Wang Haram, Hidup Fasha Sandha Huru Hara

2. Bambam Studios

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)