Oleh pada 18 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Jeffry Catz

Saga 2.0 merupakan sebuah siri drama televisyen Singapura 2020 yang juga kesinambungan kepada drama Saga musim pertama pada tahun 2015.

Saga 2.0 dibintangi Imam Shah, Hannah Delisha, Shah Iskandar, Hasnul Rahmat dan Jeff Catz ini membawakan penceritaan serba baharu berbanding musim terdahulu.

   

Memulakan siaran di Suria (saluran TV di Singapura) pada 25 Mac 2020, tayangan perdana di kaca TV Malaysia menyusul pada 18 Ogos 2021 menerusi saluran Astro Ria.

saga 2

Kredit foto: Instagram Saikotique Artistry

Sinopsis

Seni silat dan seni bela diri campuran (MMA) menjadi intipati utama siri drama TV popular ini.

Kisah bermula apabila Zack (Imam Shah) menghadapi konflik dengan bapanya, Borhan (Hasnul Rahmat), seorang guru silat di Akademi Waris.

Kecewa dengan sikap Borhan yang membangkitkan kisah lampaunya, Zack menyertai kelab MMA diuruskan Ryan (Jeff Catz). Di sana Zack telah bertemu dengan Sofia (Hannah Delisha), seorang wanita yang berkhidmat sebagai pengajar Taekwondo.

Ryan menaikkan semangat Zack untuk memenangi perlawanan MMA pertamanya.

Sementara itu, Borhan yang mendapat tahu penglibatan Zack dalam dunia MMA, berasa kecewa lantas menggugurkan nama Zack daripada Akademi Waris.

   

Di sebalik layanan baik Ryan terhadap Zack, Sofia mengesyaki muslihat yang disembunyikan Ryan.

Kehilangan Borhan secara mengejut, mengeruhkan lagi keadaan.

Adakah Zack selaku pewaris legasi silat keluarganya, akan terpedaya dengan hasutan Ryan untuk meninggalkan silat dan bapa kandungnya demi MMA?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saga Musim 1 (Astro Ria)

drama saga 2

Kredit foto: Instagram Jeffry Catz

Pelakon / Cast

Menyaksikan kolaborasi antara Imam Shah, Jeff Catz, Hannah Delisha, Shah Iskandar dan Hasnul Rahmat sebagai bintang utama.

Watak-watak lain dihidupkan Wahyu Rahman, Amy Kecik, Rizal Rahiman, Isa Bora, Wandy dan The Chosen Wan 'TWC'.

Baca: Biodata Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Baca: Biodata Hannah Delisha

Watak Pelakon

Imam Shah sebagai Zack

Jeff Catz sebagai Ryan

Hannah Delisha sebagai Sofia

Shah Iskandar sebagai Farouk

Hasnul Rahmat sebagai Borhan

Wahyu Rahman sebagai Hasnah

Amy Kecik sebagai Khairul

Rizal Rahiman sebagai Azri

Isa Bora sebagai Hassan

Wandy sebagai Danny

The Chosen Wan 'TWC' sebagai Kelvin

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Gunting The Series (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

drama saga 2 0

Kredit foto: Instagram Hasnul Rahmat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah terbitan Mediacorp Eaglevision ini menyaksikan Khairudin Samsudin menggalas tanggungjawab sebagai sutradara, bersama Azian Pasiran selaku penulis skrip.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Saga

Penyanyi: Ashidy Ridwan, Filsuf, Ewal

Komposer: Ashidy Ridwan

Penulis lirik: Ashidy Ridwan, Filsuf

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak (Slot Tiara Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cik Ayu Mee Sanggul (Slot Megadrama Astro)

saga movie

Kredit foto: Instagram Jeffry Catz

sinopsis saga 2

Kredit foto: Instagram Khairudin Samsudin

Waktu Siaran

Siri mini ini ditayangkan di Malaysia menerusi platform Astro pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) mulai 18 Ogos 2021.

Kesemua 4 episod juga boleh diikuti di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pretty Little Liars Indonesia (Astro Citra)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Mediacorp Suria

Sumber:

1. Mediacorp Suria

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)