Oleh pada 13 Sep 2021 kategori
i tanggang 459

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
'i-Tanggang Mother of All Lies' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang dimuatkan dalam slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
  
Membawa isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy (MSBP), drama premium ini bakal menemui penonton mulai 13 September 2021.
  
Sekadar informasi, Munchausen Syndrome merupakan keadaan apabila seseorang menggambarkan dirinya seolah-olah mempunyai sesuatu penyakit.
  
Manakala, Munchausen Syndrome by Proxy pula merujuk kepada keadaan seseorang yang bertindak kononnya orang yang berada di bawah jagaannya mempunyai penyakit yang hakikatnya sengaja diada-adakannya.
  
sinopsis i tanggang

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Sinopsis

Penceritaan yang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) mengenai seorang ibu yang menjadikan anaknya sebagai umpan untuk mendapatkan simpati orang ramai demi kepentingan diri.
  
Erma (Sherie Merlis), seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi ketika hari pelancaran bukunya, mendedahkan kononnya anaknya, Khalil Rayyan atau Khay (Danish Hazriq) hanya mempunyai tempoh masa enam bulan untuk hidup.
  
Pengumuman itu bukan sahaja mengejutkan bapa Khay iaitu Rahmat (Faizal Hussein) dan Doktor Nini (bekas doktor Khay - Sofia Jane), malahan Khay juga bagai tidak percaya.
  
Khay yang merupakan seorang penghidap kanser yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, dihadiahkan sebuah telefon bimbit oleh bapanya.
  
Sejak itu, Khay mula aktif dalam ‘group chat’ bernama I- Tanggang yang ditubuhkannya untuk berbual dengan dua rakan yang dikenalinya di alam maya iaitu Royal E (Esra - Emma Sofea) dan CapeqRyder (Syafiq - Nadhir Nasar).
  
Dalam pada itu, Syafiq membenci kedua ibu bapanya yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana mengharapkannya dalam tugasan menyara keluarga, dengan bekerja sebagai seorang rider.
  
Manakala, Esra pula hilang sifat kemanusiaan gara-gara terlalu dimanjakan.
  
Tindakan Erma yang memalsukan penyakit Khay dan cuba menamatkan jangka hayatnya, sampai ke pengetahuan Syafiq dan Esra, lantas kedua-dua mereka membuat perancangan untuk menyelamatkan Khay daripada menjadi mangsa, namun rancangan itu tidak disedari akhirnya telah memakan diri mereka sendiri!
  
i tanggang cast

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pelakon / Cast

Watak-watak dihidupkan dengan lakonan mantap daripada barisan para pelakon handalan Malaysia seperti Sherie Merlis yang merupakan pemegang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2012, Faizal Hussein (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25), Danish Hazriq (Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Anugerah Skrin 2018), Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020), Rashidi Ishak, Zarina Zainuddin, Zul Huzaimy dan Sofia Jane.
  
Turut serta, Emelda Rosmila, Emma Sofia, Dato Rahim Razali, Wan Raja, Rashid Salleh, Andy Teh, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Pushpa Narayan, Yuyun Hikmah, Nadine Eniahani, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng dan Syed Muhammad Baqir.
  
  
i tanggang mother of all lies 144

Kredit foto: Instagram Danish Hazriq

  

Watak Pelakon

Sherie Merlis sebagai Erma
Faizal Hussein sebagai Rahmat
Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
Nadhir Nasar sebagai Syafiq
Emma Sofea sebagai Esra
Sofia Jane sebagai Dr Nini
Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
Yuyun Hikmah sebagai Syuhada
  
i tanggang 927

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan bersama empat pengarah iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak ini diterbitkan oleh syarikat produksi KL Motion Pictures.
  
Wan Hasliza dan Wan Alaudin turut bertanggungjawab sebagai penulis skrip bersama-sama dengan Keen.
  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SATWO - GELAP - OFFICIAL MUSIC VIDEO

  
Tajuk: Gelap
Penyanyi: Satwo
Komposer: Satwo
Penulis lirik: Satwo
  
Cahaya Malam nyanyian Satwo
Bukan Mainan nyanyian Rashidi Ishak
  
i tanggang pelakon

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Waktu Siaran

Memasuki tayangan saluran Astro Citra (CH 108) mulai 13 September 2021 pada setiap hari Isnin, pukul 9 malam menerusi slot Astro Originals.
  
Episod 1 ‘I-Tanggang’ juga ditayangkan secara percuma di Astro Ria, jam 9 malam pada 13 September ini, namun untuk minggu-minggu berikutnya ia bersiaran secara eksklusif di Astro Citra pada waktu yang dijadualkan.
  
Jangan lepaskan peluang untuk tonton kesemua 12 episod penuh di platform penstriman Astro GO dan aplikasi On Demand untuk pilihan alternatif.
  
Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama
  
si tanggang
drama i tanggang 55
i tanggang episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios , Instagram Faizal Hussein & Instagram Danish Hazriq

   

Kredit video: I-TANGGANG - OFFICIAL SIZZLER REEL

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)