Oleh pada 10 Aug 2021 kategori

      

Ghaib merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2018 adaptasi daripada novel bertajuk ‘Projek Seram Terowong’ nukilan tiga penulis genre seram Buku Prima - A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, dan Syasya Bellyna.

'Ghaib' merupakan salah satu judul dalam novel ini.

Siri original Tonton (Tonton Original Series) ini ditayangkan di laman penstriman popular itu bermula 15 Disember 2018.

Bakal ke udara buat pertama kalinya di kaca televisyen, TV3 mulai 10 Ogos 2021 bagi menggantikan siri Mata Ketiga.

Penggambaran drama ini mengambil tempat di Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

sinopsis ghaib

Kredit foto: Instagram Ng Ken Kin

Sinopsis

Membawa elemen kisah permainan 'spirit of coins' yang cukup terkenal di kalangan penghuni asrama dan peserta perkhemahan.

Permainan ini dianggap mempunyai misterinya yang tersendiri kerana roh individu yang sudah mati akan menghantui para pemainnya.

Drama ini berlatarkan sebuah kolej yang mana belakang bangunan kolej itu terdapat sebuah gua terbiar.

Suatu malam, empat orang pelajar, Mimie (Scha Elinnea), Jessica (Eyka Farhana), Nina (Erynne Erynna) dan Suzi (Qara Lyana) memasuki gua berkenaan untuk bermain 'spirit of coins'.

Mereka menyeru roh penunggu di dalam gua, sebelum satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona (Chandni Kaur DFKL) memunculkan diri.

Mereka yang berada dalam ketakutan, lantas melarikan diri ke pondok pengawal keselamatan kolej untuk membuat aduan. Namun mereka menyedari Mimie sudah tiada lagi bersama mereka.

Kehilangan pelajar perempuan itu kemudiannya telah menjadi kes polis.

Detektif Riza (Shukri Yahaya) dan Sarjan Anita (Siti Elizad Sharifuddin) yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan, bagaimanapun enggan mempercayai kisah kewujudan hantu Mona yang diperkatakan ramai.

Malah mereka menolak cakap-cakap yang mengatakan kolej itu berpuaka.

Puan Maurice (Joanna Bessey) selaku pengetua tidak menyenangi kehadiran detektif di kolejnya lantas meminta mereka supaya mengunci mulut tentang kejadian yang berlaku kerana ingin menjaga nama baik premisnya.

Detektif Riza dibelenggu rasa aneh kerana misteri kehilangan pelajar itu langsung tidak meninggalkan sebarang jejak.

ghaib

Kredit foto: Buku Prima

Pelakon / Cast

Dibintangi Shukri Yahaya, Siti Elizad Sharifuddin, Eyka Farhana, Scha Elinnea, Erynne Erynna, Neera Azizi dan Emelda Rosemila.

Turut sama, Munir Phyne Ballerz, Doria Rachel Jolly, Qara Lyana, Chandni Kaur DFKL, Joanna Bessey, Chacko Vadaketh dan Ramli Salleh.

Baca: Biodata Shukri Yahaya

Baca: Biodata Siti Elizad Sharifuddin

Baca: Biodata Eyka Farhana

Baca: Biodata Scha Elinnea

Baca: Biodata Erynne Erynna

Baca: Biodata Neera Azizi

Baca: Biodata Doria Rachel Jolly

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Reza

Siti Elizad Sharifuddin sebagai Inspektor Anita

Eyka Farhana sebagai Jessica

Scha Elinnea sebagai Mimie

Erynne Erynna sebagai Nina

Neera Azizi sebagai Kharisma

Emelda Rosemila sebagai Sandrinna

Chandni Kaur DFKL sebagai Mona

Qara Lyana sebagai Suzi

Doria Rachel sebagai Lin

Joanna Bessey sebagai Puan Maurice

Chacko Vadaketh sebagai Paul

Munir Phyne Ballerz sebagai Guard Arman

Ramli Salleh sebagai Guard Din

Pak Jamil sebagai Ustaz Hamdi

Mahsuri Jesuli sebagai Detektif Is

Asyraf sebagai Rudy

Rayyan sebagai Raykal

Mimie Harizal sebagai Airin

Syamin Aziah sebagai Diana

Jackson Wong sebagai Raymond

ghaib episod

Kredit foto: Instagram Joanna Bessey

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Ng Ken Kin, siri produksi Orangetree Production ini digarap oleh Siti Solehah dan Aida Adia selaku penulis skrip.

novel ghaib 675

pelakon ghaib   

   

Waktu Siaran

Ditampilkan dalam 10 episod, drama ini dimuatkan dalam kandungan platform penstriman video, Tonton bermula 15 Disember 2018.

Kini menemui penonton TV3 buat pertama kalinya mulai 10 Ogos 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10:30 malam.

    

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Ghaib Episod 1

Sumber:

1. #DramaTonton; GHAIB Buat Shukri Yahaya Meremang

2. Mencari hantu

3. Ghaib Episod 1

4. Novel Projek Seram Terowong




Hakcipta iluminasi.com (2017)