Oleh pada 06 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dukun Diva merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) arahan oleh sutradara Ariff Zulkarnain.

Drama siri premium Astro Originals terbaru yang mengangkat kisah 'female con artist' dan 'anti-heroes' sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan ini bakal menggantikan siri I-Tanggang di saluran Astro Citra mulai 6 Disember 2021.

sinopsis dukun diva

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

"They Put The Sham In Shaman.."

Impian Rubiah Samsudin (Nadia Aqilah) atau Che Yah untuk menjadi pelakon terkenal di era 90-an tidak kesampaian, lalu dia menyara kehidupan dengan bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam.

Kerana itu, Che Yah berasa sangat malu dengan keluarganya dan enggan pulang ke kampung.

Suatu hari, Che Yah mendapat panggilan daripada hospital yang memberitahu kakaknya, Aishah sedang berada dalam keadaan nazak.

Che Yah kemudian dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak saudaranya, Lola (Eyka Farhana), seorang remaja bermasalah yang gemar memberontak dan juga bersifat pelik.

Apabila Che Yah diburu Abang Long yang menuntut hutang, dia dan Lola tidak mempunyai pilihan lain kecuali bekerjasama mencari jalan untuk mengumpul wang dengan menyamar menjadi dukun.

Mereka menjadi dukun palsu yang memperdayakan seorang jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD (Emelda Rosemila) bersama keluarganya.

Mereka mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang untuk memperbodohkan pengasas kosmetik dikenali ramai itu.

Episod 1 - Rubiah Samsudin The Primadona

Episod 2 - Happy, Together, Forever

Episod 3 - Giselle, Oh Giselle

Episod 4 - Kita Family

Episod 5 - Camp Cinta Abadi

Episod 6 - Che Yah’s Beauty Cream

Episod 7 - You, Me and Jeju

Episod 8 - Mengejar Mimpi (Episod Akhir / Finale)

dukun diva astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Watak-watak lakonan oleh Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Adlin Aman Ramlie, Kahoe Hon, Aloy Paradoks, Farazeeqa dan Sri Idrina Silva, dengan turut dimeriahkan dengan kemunculan istimewa bintang popular, Che Puan Juliana Evans, Fadhli Masoot, Sanjna Suri, Douglas Lim, Aziz M Osman, Anas Ridzuan, Mat London dan Dee Al Hadi.

Baca: Biodata Eyka Farhana

Baca: Biodata Siti Khadijah Halim

Baca: Biodata Che Puan Juliana Evans

Watak Pelakon

Nadia Aqilah sebagai Rubiah Samsudin / Che Yah

Eyka Farhana sebagai Lola

Emelda Rosemila sebagai Datuk DD

Tony Eusoff sebagai Zul

Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena

Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Saddiq

Kahoe Hon sebagai Daniel

Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep

dukun diva episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah muda meningkat naik, Ariff Zulkarnain, siri terbitan Astro Shaw hasil kerja produksi Act 2 Pictures Sdn Bhd ini adalah naskhah daripada penerbit dan penulis skrip, Alfie Palermo yang juga mengilhamkan cerita asal Dukun Diva.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Dukun Diva) Wani Kayrie - Jangan Terlepas Pandang [Official Lyric Video]

Tajuk: Jangan Terlepas Pandang

Penyanyi: Wani Kayrie

Komposer: Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

Penulis lirik: Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

pelakon dukun diva

Kredit foto: Instagram Tony Eusoff

Waktu Siaran

Tayangan selama lapan episod mulai 6 Disember 2021 di saluran Astro Citra (CH 108) pada setiap hari Isnin, pukul 9 malam atau strim episod penuh secara online melalui perkhidmatan On Demand dan platform Astro Go.

Episod pertama Dukun Diva juga ditayangkan di saluran Astro Ria, namun untuk minggu-minggu berikut, ia hanya ke udara secara eksklusif di saluran Astro Citra mengikut waktu tayangan yang dijadualkan.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: [EKSKLUSIF] Tayangan Perdana Dukun Diva Episode 1

Sumber:

1. Dukun diva ada kelainan

2. “Tak Susah Cari Keserasian, Hari Pertama Jumpa Pun Terus 'Click'…” – Gandingan Mantap Eyka Farhana & Nadia Aqilah Dalam Dukun Diva




Hakcipta iluminasi.com (2017)