Oleh pada 10 Sep 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Hasrat Tersirat merupakan sebuah drama bersiri Singapura 2021 (bukan adaptasi novel) yang ditayangkan di saluran Suria (Mediacorp) mulai 1 Mac 2021.

Menemui penonton Malaysia pada 10 September 2021 (Episod 1) bagi menggantikan siri Ali Alia di slot Tiara, saluran Astro Prima.

sinopsis hasrat tersirat

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Sinopsis

Memaparkan kisah Aisyah yang selepas kematian suaminya, berdepan isu harta pusaka, wang dan kebenaran yang dituntut melibatkan anak tirinya, Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, serta seseorang dari masa silamnya.

Keluarganya berpecah belah dan Aisyah cuba menghadapi realiti itu sendiri sambil berusaha menjaga nama baik arwah suaminya.

drama hasrat tersirat

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Pelakon / Cast

Antara pelakon terlibat termasuklah Rahimah Yusoff, Azhar Norlesta, Abdullah Ahmad, Shaquille Daniel, Fir Rahman, Farhana M Noor, Izzat Yusoff, Fatin Amira, Joe Jasmi, Hashimah Hamidon, Mishall Kiara dan Erwin Shah Ismail.

hasrat tersirat episod

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Watak Pelakon

Abdullah Ahmad sebagai Hamzah

Azhar Norlesta sebagai Ramli

Rahimah Yusoff sebagai Aisyah

Fir Rahman sebagai Danial

Izzat Yusoff sebagai Najib

Farhana M Noor sebagai Farah

Fatin Amira sebagai Sharifah

Shaquille Daniel sebagai Amri

Joe Jasmi sebagai Latif

Hashimah Hamidon sebagai Mansurah

Mishall Kiara sebagai Kharissa

Erwin Shah Ismail sebagai Dr Mazlan

hasrat tersirat astro prima

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Nasir Kamsan, Shannon Berkett dan Azroy Sultan, naskhah nukilan penulis skrip Razi Salam ini diproduksi oleh syarikat Mediacorp Eaglevision.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Rahsia

Penyanyi: Izat Ibrahim

Komposer: Reyza Hamizan

Penulis lirik: Reyza Hamizan

pelakon hasrat tersirat

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Waktu Siaran

Tayangan 20 episod di Suria (saluran TV Singapura) mulai 1 Mac 2021.

Kini disajikan kepada penonton Malaysia menerusi slot Tiara, saluran Astro Prima mulai 10 September 2021 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Episod penuh juga boleh ditonton secara strim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Sumber:

1. Mediacorp Suria

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)