Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim. Sebelum menggunakan nama komersial 'Saharul Ridzwan', beliau terlebih dahulu dikenali sebagai Syarul Ridzwan.

2. Kelahiran Kuantan, Pahang pada 26 Januari 1989.

3. Membesar di Chabang Empat, Kelantan.

4. Berusia 30 tahun.

5. Berketinggian 1.78 meter.

6. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

7. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

8. Pemegang Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat daripada sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.

9. Merupakan pelakon dan model.

10. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

11. Pemenang ketiga pertandingan Hero Remaja 2011/2012, tewas di tangan Fattah Amin yang ditabalkan juara, diikuti Syafiq Kyle di tangga kedua.

12. Antara drama dibintanginya seperti 3 Janji, Hujan, Kisah Cinta, Love You Mr. Arrogant, Hati Perempuan, Kau Aku Kita, Seindah Takdir Cinta, Arluna, Tok Adi, Jangan Benci Cintaku, Mawar Murni, Selafaz Cinta dan 30 Pesanan Suara.

13. Juga telefilem Kabin Di Tepi Tasik, Klon Ustaz, Kata Samseng, Papa Yibbie, Mak Cun Pi New York, Kapcai Ayah, Liga Masjid, Jalan Balik Surau, Di Balik Lindungan Kasih, Rumah Hantu Sakit Jiwa dan banyak lagi.

14. Pembabitan dalam dunia teater menerusi pementasan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Bawang Merah Bawang Putih.

15. Antara pencapaiannya termasuk memenangi kategori Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2015 menerusi drama Hati Perempuan dan Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 menerusi drama Kau Aku Kita.

16. Mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir atau Deena Emir pada 2016 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali yang lahir pada 6 Jun 2017.

     

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Saharul Ridzwan Yang Ramai Tak Tahu!

     

Foto

biodata saharul ridzwan pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata saharul ridzwan pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata saharul ridzwan pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata saharul ridzwan pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata saharul ridzwan pelakon drama 30 pesanan suara 6

Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Berita Harian

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)