Biodata

Nama penuh: Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad

Nama popular: Raja Ilya

Tarikh lahir: 11 Julai 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Ipoh, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @rajailya

Fakta Menarik

1. Berdarah keturunan Melayu, Arab dan India.

2. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

3. Berkelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti ternama dalam negara.

4. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2008.

5. Mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Suamiku Encik Perfect 10 pada tahun 2015 membawakan watak sebagai Azura Hanim, juga dalam siri kepolisan Gerak Khas sebagai Inspektor Shakila.

6. Antara drama dibintanginya seperti Kekasihku Seru, Kala Hati, Mana Hilangnya Juwita, Epilog Cinta Kirana, Love You Mr. Arrogant, Bila Hati Berbicara, Kalimah Jiwa, Tuan Anas Mikael, Cinta Masam Manis dan Dia Bidadariku.

7. Kemunculan dalam telefilem pula menerusi Malam Tujuh Likur, Penghujung Rindu, I Know What You Did Last Deepavali, Pantai Keramat, Aku Bukan Malaikat, Salahkah Aku, Jelmaan dan Lorong Kecil Ke Syurga.

8. Di layar perak, beliau membintangi filem Estet, Janin, Appalam, Suamiku, Encik Perfect 10, Pilot Cafe, Soulmate Hingga Jannah dan Luqman.

9. Bakat lakonannya diiktiraf di Anugerah Skrin 2015 melalui kemenangan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama). Manakala di Anugerah Sri Angkasa 2016, beliau merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV).

10. Pernah bersaing dalam rancangan realiti Gempak Superstar siaran Astro Ria yang mencungkil bakat nyanyian di kalangan para pelakon Malaysia. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu keempat. Lagu-lagu yang didendangkannya dalam program berkenaan: Terukir Di Bintang dendangan asal Yuna, Selamat Malam (Faizal Tahir) dan Pulangkan (Misha Omar).

11. Menerusi pembabitannya dalam perniagaan, Raja Ilya mengusahakan kafe diberi nama Richiamo Coffee yang mana cawangan pertamanya terletak di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.

12. Pada tahun 2017, beliau dikatakan bakal berlakon dalam filem adiwira terkenal Hollywood terbitan Marvel, namun pada Mac 2018 beliau membatalkan hasrat itu kerana mendakwa berdepan beberapa perkara dan syarat ditetapkan studio yang dirasakan tidak sesuai.

13. Mendirikan rumah tangga dengan warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 23 Disember 2018.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon raja ilya 2

biodata dan latar belakang pelakon raja ilya 3

biodata dan latar belakang pelakon raja ilya 4

biodata dan latar belakang pelakon raja ilya 5

biodata dan latar belakang pelakon raja ilya 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online [1, 2]

3. Astro Awani

4. Instagram Raja Ilya




Hakcipta iluminasi.com (2017)