Oleh pada 27 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Selepas drama Bawah Blok, slot Lestary terbitan TV3 akan memaparkan I Love You Mr Clown menerusi kaca televisyen anda setiap hari Rabu hingga Sabtu, 9 malam mulai 27 Januari 2023.

Drama bersiri ini menampilkan sepasang muka baharu sebagai pelakon utama iaitu Nabil Aqil dan Yuna Rahim.

     

sinopsis i love you mr clown

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Ia berkisar tentang Nisa (Yuna Rahim), seorang gadis yang telah jatuh cinta dengan seorang badut yang telah menyelamatkannya. Dia cuba menjejaki lelaki yang berselindung di sebalik topeng itu dengan harapan dapat mengenal pasti identiti misterinya.

Kerana aktif dalam melakukan kerja-kerja amal membantu NGO, Fariz (Nabil Aqil) bekerja sebagai badut demi menjaga kebajikan anak-anak yatim. Manakala Nisa yang tinggal bersama Wani, seorang gadis yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Walaupun ayahnya seorang usahawan, Nisa ingin mendapatkan pekerjaan sendiri tanpa menggunakan bantuan, jadi dia bekerja dengan syarikat Fariz sebagai setiausaha.

Kerana satu peristiwa, detik yang tidak disangka berlaku, malah cinta mereka turut terhalang. Mampukah wajah di sebalik uniform badut itu mencuri hatinya.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Yuna Rahim

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nabil Aqil

drama i love you mr clown

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pelakon / Cast

I Love You Mr Clown menemukan pelakon utama, Nabil Aqil dan Yuna Rahim untuk menghidupkan watak Faris dan Nisa.

Turut menganggotai barisan pelakon ialah Safwan Nazri, Putri Hanan, Ameerul Asyraf, Afifah Nasir, Alif Hadi, Natasha Elyzza, Eizlan Yusof dan Farisha Irwayu.

Watak Pelakon

Nabil Aqil sebagai Faris

Yuna Rahim sebagai Nisa

Safwan Nazri sebagai Adan

Putri Hanan Shahidah sebagai Wani

Ameerul Asyraf sebagai Nazlan

Alif Hadi sebagai Luqman Hakim

Afifah Nasir sebagai Larisya

Natasha Elyzza sebagai Zerry

Eizlan Yusof sebagai Musa

Aleza Shadan sebagai Katty

Faizul Syaharin sebagai Khalid

Farisha Irwayu sebagai Rogayah

   

pelakon i love you mr clown

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah naskhah yang diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production yang diterajui oleh pengarah Amie Maziah dan penghasilan skrip oleh Ramlah Rashid dan Jue Zurhanisza.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: TIADA NOKTAH | CHUBB-E | OFFICIAL MUSIC VIDEO | OST ULYA DINI

Tajuk: Tiada Noktah

Penyanyi: Chubb-E

Komposer: Chubb-E

Penulis lirik: Chubb-E

i love you mr clown episod

Episod 1 I Love You Mr Clown (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 27 Januari 2023. Kredit foto: Instagram Yuna Rahim

   

Waktu Siaran

Nantikan drama I Love You Mr Clown yang bersiaran sebanyak 13 episod dari 27 Januari 2023 di slot Lestary setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui penstriman Tonton pada hari dan waktu yang sama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)