Biodata

Nama penuh: Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin

Nama popular: Zara Zya

Tarikh lahir: 22 Oktober 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Lenggong, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara dan model

Media sosial: Instagram @zarazya

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

2. Merupakan bekas pelajar jurusan Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA).

3. Pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005.

4. Meskipun banyak membintangi drama, namun kemunculannya di beberapa tahun awal kurang menyerlah kerana sering memegang watak sampingan.

5. Pertama kali Zara berpeluang menjadi teraju utama menerusi drama adaptasi novel arahan Eoon Shuhaini, berjudul Love You Mr. Arrogant yang ditayangkan di slot Akasia, saluran TV3. Keseluruhannya berjaya mengumpul 4.6 juta tontonan!

6. Selain itu, antara drama lain dibintanginya seperti Enigma, 3 Janji, Zahira, Delina, Tuan Anas Mikael, Cinta Hati Abah, Duda Terlajak Laris, Kerana Anisa, Mona Lisa dan Terbaik Dariku.

7. Penglibatan Zara dalam telefilem pula menerusi Dari Ibu, Kekasih Upahan (Kontrak Cinta), Man Rider, Minah Gangster, Hujan Malam Itu, Jatuh Cinta Buta, Takdir Yang Terhenti dan Trauma.

8. Malah, Zara beliau membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Rembat pada tahun 2015, memegang peranan sebagai Azira.

9. Sepanjang karier, antara pencapaian membanggakannya seperti kemenangan dalam kategori Artis Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era 2014, Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Telenovela 2016.

10. Zara menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Hafreez Adam pada tahun 2018.

11. Beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan dengan mengusahakan tudung, biskut dan sambal.

12. Pada 29 Mac 2018, beliau membuat kejutan dengan menceburi cabang bidang seni baharu iaitu sebagai penyanyi menerusi pelancaran single pertama berjudul 'Tiada Dendam' ciptaan Lieynur Liey/Fauzi Aisunam dan lirik oleh Iman Imran.

Foto

biodata zara zya pelakon drama terbaik dariku 2

biodata zara zya pelakon drama terbaik dariku 3

biodata zara zya pelakon drama terbaik dariku 4

biodata zara zya pelakon drama terbaik dariku 5

biodata zara zya pelakon drama terbaik dariku 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan 

3. Astro Gempak

4. Instagram Zara Zya




Hakcipta iluminasi.com (2017)