Biodata

Nama penuh: Nur Anzalna Bte Md Nasir

Nama popular: Anzalna Nasir

Tarikh lahir: 9 Januari 1988

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @anzalnanasir88

Fakta Menarik

1. Anak kedua daripada lima adik-beradik. Kesemuanya perempuan. Dua lagi adiknya juga pelakon iaitu Mia Nasir dan Afifah Nasir.

2. Berdarah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina, manakala ibunya pula Punjabi.

3. Mendapat pendidikan di beberapa sekolah, dalam dan luar negara kerana keluarganya sering berpindah-randah ketika beliau membesar iaitu di Coronation Elementary School, Sinclair Laird Elementary School, Bancroft Elementary School, SMK Munshi Abdullah, SMK Khir Johari, Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania.

4. Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 yang ketika itu turut disertai Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Beberapa filem dibintanginya ialah Sepah The Movie, Kahwin 5 dan Tyickoouns.

7. Pembabitannya dalam drama antaranya menerusi Suria di Cordoba, Gemersik Kalbu, Love You Mr. Arrogant, Buletin Cinta, Aku Isterinya, Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Mamu Mami Gosip.

8. Termasuk telefilem Ajaibnya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Salahkah Aku, Destinasi Cinta Sara, Cinta dari Syurga, Jauh dan Vlog Laura.

9. Pernah menjadi duta, model dan jurucakap produk-produk terkemuka seperti Celcom, Franch Oil, Ecpi, Safi Balqis, Qu Puteh dan Trenz (Indonesia TV). 

10. Mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki yang juga seorang ahli perniagaan pada 2016.

11. Pada 9 Januari 2019, beliau mendedahkan sedang hamil anak sulung. Kandungan itu sudahpun berusia empat bulan.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon anzalna nasir 2

biodata dan latar belakang pelakon anzalna nasir 3

biodata dan latar belakang pelakon anzalna nasir 4

biodata dan latar belakang pelakon anzalna nasir 5

biodata dan latar belakang pelakon anzalna nasir 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Utusan

4. Instagram Anzalna Nasir




Hakcipta iluminasi.com (2017)