Kredit foto: Instagram @fezrulkhan

     

Sudah 15 tahun memahat nama dalam dunia lakonan tempatan, namun nama Fezrul Khan kurang mendapat liputan umpama pelakon-pelakon seangkatan, termasuk bakat baharu yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Begitupun kekerapan kemunculannya di kaca televisyen dan layar lebar, dikira cukup membanggakan.

Dia tidak perlu menagih sensasi dengan membikin onar untuk menarik perhatian wira papan kekunci.

Tidak perlu mengejar populariti, sebaliknya kualiti yang diutamakan.

Bercerita lanjut sisi peribadi pelakon drama Demi Tuhan Aku Bersaksi ini, Iluminasi kongsikan coretan biodata ringkasnya khas buat pembaca.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Fezrul Khan bin Junaidi Khan. Dikenali sebagai Fezrul Khan.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 24 September 1982. Kini berusia 37 tahun.

3. Merupakan pelakon dan pengarah yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004.

4. Antara drama dibintanginya seperti Dua Hati, Cinta Balqis, Love You Mr. Arrogant, Menjinak Ombak, Sayangku Kapten Mukhriz, Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan KL Gangster: Underworld.

5. Termasuk telefilem Jejaka Idaman, Ampunkan Dosaku, Jubah Putih Kain Kapan, Rumah Kecil Untuk Tuhan, Di Penghujung Sujud, I Heart You Cik Yah, 30 Hari Membunuh Cinta dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem SH3 The Movie, Sumpahan Kum Kum, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Minyak Dagu, Cerita Kita, Bencinta, Aku Pilih Kamu, Awak Nak Kahwin Dengan Saya, Kaki Kitai dan Mirip.

7. Sah bergelar suami kepada Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk bercerai talak satu pada 19 Ogos 2015 angkara masalah dalaman.

    

Foto

fezrul khan demi tuhan aku bersaksi

fezrul khan 2019

fezrul khan terkini

fezrul khan kahwin

fezrul khan bercerai

latar belakang fezrul khan

Kredit foto: Instagram @fezrulkhan

    

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

   

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)