Kredit foto: Instagram Aishah Ilias

Siapa Aishah Ilias? Siti Aishah Ilias atau nama popularnya, Aishah Ilias merupakan antara pelakon yang membintangi drama berepisod adaptasi novel, Masih Ada Rindu yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3.

Selain Farid kamil dan Mimi Lana selaku tunjang utama, siri televisyen itu turut dijayakan pelakon Dayang Areeda, Halim Radzi, Fahmi Reza, Sri Idrina, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh Siti Aishah binti Ilias.

2. Menggunakan nama komersial, Aishah Ilias.

3. Berumur 34 tahun.

4. Kelahiran Kuala Lumpur pada 5 September 1987.

5. Mempunyai darah kacukan Arab-India di sebelah ibu dan Cina-Jawa di sebelah bapa.

6. Mendapat pendidikan di Kolej Rima.

7. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan pencarian Dewi Remaja edisi 2005/2006 yang juga membariskan finalis seperti Scha Alyahya, Intan Ladyana, Izreen Azminda dan Rabecca Nur Al Islam.

9. Antara drama lakonannya termasuk Love You Mr. Arrogant, Cinta Ibadah, Nasi Minyak Kuah Cinta, Meh Sandar Pada Aku, Cik Serba Tahu, Isolasi dan Maryam Qistina.

10. Penampilannya di layar lebar menerusi filem Paku, Pilot Cafe dan Usin UFO.

11. Pengguna Instagram atas nama akaun @aishahilias dengan lebih 69,000 jumlah pengikut.

Fakta Menarik

1. Berzodiak Virgo.

2. Berfizikal tinggi lampai.

3. Masih belum berkahwin.

4. Bapanya telah meninggal dunia ketika dia berusia 13 tahun.

5. Memikul tanggungjawab menjaga keluarga kerana tidak mempunyai adik beradik lelaki.

6. Sebelum menceburi dunia seni, beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah syarikat pembinaan swasta.

Gambar

pelakon aishah ilias

aishah ilias umur

aishah ilias

masih ada rindu novel

aishah ilias wikipedia

pelakon masih ada rindu 378

siti aishah ilias

aishah ilias ig

masih ada rindu 578

drama masih ada rindu 264   

Kredit foto: Instagram Aishah Ilias

Video

Kredit video: MeleTOP - Temu Bual Bersama Fattah Amin dan Aishah Ilias EP 99 [23.09.2014]

Sumber:

1. Aishah Ilias Tidak Takut Kontroversi

2. Timba pengalaman amat berharga

3. Aishah mahu rehat

4. Kembali depan kamera

5. Aishah tolak tawaran 'tak balik modal'

6. Aishah Ilias tinggalkan lakonan, mahu jadi pramugari?

7. Hoping for funny roles

8. Aishah Ilias Beraya Di Balai Polis




Hakcipta iluminasi.com (2017)