Oleh pada 16 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Drama terkini dalam slot Akasia, "My Lovely Driver", hasil keluaran Sha's Media Sdn Bhd merupakan penambahan baru drama TV3 dengan pelakon seperti Trisha Ooi, Hisyam Hamid, Razzuan Rosli, Silfeny Osman, Sefik Khair, Wanns Ahmad, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.

        

sinopsis my lovely driver

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Karya ini, yang bukan diadaptasi daripada novel, akan melengkapkan ruang siaran di kaca TV mulai 16 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

        

Sinopsis

'My Lovely Driver' mengisahkan tentang Sam (Trisha Ooi), seorang usahawan perniagaan dalam talian yang berdepan dengan cabaran kewangan akibat hutang arwah bapanya. Untuk mengatasi kesempitan wang, Sam mendaftar diri sebagai pemandu Grab. Sokongan Jojo (Sera Melissa) terhadap hasratnya menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa memberikan sinar harapan buatnya.

Namun, Sam diberhentikan majikannya kerana tindakannya bekerja sambilan. Sementara itu, Adli (Hisyam Hamid), seorang pelanggan tetap Sam, menemui keselesaan dalam perkhidmatan Sam selepas terlibat dalam kemalangan lima tahun lalu.

Adli mengupah Sam sebagai pemandu peribadi dan menyedari kelebihan memiliki pemandu yang mahir dalam bahasa Mandarin untuk melayan pelanggannya dari China. Di samping itu, Sam mengambil kesempatan ini untuk mendalami ilmu perniagaan.

Ketika Adli diheret dengan perancangan ibunya untuk dijodohkan dengan Zara (Silfeny Osman), mampukah hubungan antara majikan dan pemandu ini dikekalkan?

        

Baca: 8 Fakta Pelakon Trisha Ooi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Wanie Ooi, Pelakon Drama Berepisod Boleh Saya Bantu (Slot Lestary TV3)

         

my lovely driver episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Pelakon / Cast

'My Lovely Driver' di slot Akasia membawa Trisha Ooi bersatu dengan pelakon berpengalaman, Hisyam Hamid.

         

drama my lovely driver

"My Lovely Driver" akan menggantikan tempat siri "Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah" dalam jadual siaran slot Akasia. Kredit foto: Instagram Trisha Ooi

       

Melengkapkan senarai pelakon adalah kumpulan nama yang amat sinonim sebagai pelakon drama seperti Razzuan Rosli, Silfeny Osman, Sefik Khair, Sera Melissa, Faye Kusairi, Wanns Ahmad, Ameerul Asyraf, Wan Raja, Izzendra, Azza Elite, Wan Nor Azlin, Raja Azmi, Azman Jantan, Ainin Batrisya, Kween Keela dan Affizy Khairy.

        

Watak Pelakon

Trisha Ooi sebagai Sam

Hisyam Hamid sebagai Adly

Razzuan Rosli sebagai Don

Silfeny Osman sebagai Intan

Faye Kusairi sebagai Mira

Sefik Khair sebagai Ben

Sera Melissa sebagai Jojo

Wanns Ahmad sebagai Benjy

Ameerul Asyraf sebagai Mike

Izzendra sebagai Aini

Wan Raja sebagai Azman

Azza Elite sebagai Rohani

Wan Norazlin sebagai Aloyah

Raja Azmi sebagai Datin Suraya

Azman Jantan sebagai Dato Razak

Ainin Batrisya sebagai Sahara

Kween Keela Kamarudin sebagai Effa

Affizy Khairy sebagai Johan

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ayie Mustafa, mengarahkan hasil produksi Sha's Media Sdn Bhd yang dihasilkan dengan skrip karya penulis Lynnda Sharudin.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Hujung Minggu

         

Tajuk: Hujung Minggu

Penyanyi: Fid Abdul

Komposer: Hanis Rafi, Omar K

Penulis lirik: Hanis Rafi, Omar K

         

Waktu Siaran

Rancangan ini akan disampaikan dalam bentuk 20 episod yang boleh ditonton di slot Akasia, TV3, bermula 16 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

         

pelakon my lovely driver

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Penyiaran drama ini juga akan boleh diakses melalui Tonton, platform penstriman video tempatan yang dikelola oleh Media Prima.

         

Tajuk cerita? My Lovely Driver

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

         

Kredit video: Nantikan My Lovely Driver Di Slot Akasia. Tarikh Tayang Episod 1 Pada 16 Februari 2024

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)