Biodata

Nama penuh: Fadlan Hazim bin Anuwar

Nama popular: Fadlan Hazim

Tarikh lahir: 2 Januari 1992

Umur: 26 tahun (2018)

Kelahiran: Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan penyanyi

Media sosial: Instagram @fadlanhazim

Fakta Menarik

1. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

2. Melibatkan diri dalam bidang peragaan seawal usia 16 tahun. 

3. Bersaing sekaligus bergelar peserta paling muda dalam Pertandingan Kacak Bergaya pada tahun 2010 anjuran akhbar sisipan hiburan Utusan Malaysia, Pancaindera.

4. Bergelar penyanyi pada Jun 2010 dengan menganggotai kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) iaitu artis naungan KRU Talents. Namun dek kerana tiada persefahaman, beliau akhirnya menarik diri daripada kumpulan yang memperjuangkan muzik K-Pop itu pada tahun 2012.

5. Kemudiannya, Fadlan lebih dikenali sebagai pelakon selepas aktif membintangi pelbagai drama televisyen, antaranya Hotel Mania, Jodoh Musim Kedua, Delina, Dendam Semalam, Dunia Generasi Baru, Dhia Sofea, Cinta Si Wedding Planner, Papa Ricky, Cinta Hati Batu, Tak Ada Cinta Sepertimu, KL Gangster: Underworld, Semerah Cinta Humairah dan Seribu Rindu.

6. Manakala antara telefilem lakonannya seperti 3 Cinta 1 Novel, Sopeah Jin, Bila Ajal Menanti, Hey Missy, Ratu Kebaya Masuk U, Azam dan DM Hati Awak.

7. Beberapa filem dibintanginya ialah Sniper, Abang Lejen, Banglo Berkunci, Jibam The Movie dan Sangkar.

8. Mendapat pencalonan dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

9. Sedang mengenali hati budi kekasihnya, Julie Anne yang dikenali sejak zaman persekolahan di mana mereka mula bercinta beberapa tahun lepas. Julie disifatkan Fadlan sebagai seorang yang memahami meskipun berbeza agama dan bangsa.

Foto

biodata fadlan hazim pelakon drama seribu rindu 2

biodata fadlan hazim pelakon drama seribu rindu 3

biodata fadlan hazim pelakon drama seribu rindu 4

biodata fadlan hazim pelakon drama seribu rindu 5

biodata fadlan hazim pelakon drama seribu rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Sinar Harian

3. Mstar

4. Instagram Fadlan Hazim




Hakcipta iluminasi.com (2017)