Biodata

1. Nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena binti Wan Syahman. Popular menerusi nama Aprena Manrose.

2. Lahir pada 25 April 1993 di Kelantan, Malaysia. Kini berusia 26 tahun (2019).

3. Merupakan pelakon dan model.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Bergiat aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Anak kepada penyanyi dangdut popular era 90-an yang mendapat jolokan nama 'Raja Dangdut', Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan. Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan bekas pelakon.

7. Kakaknya, Octovia Manrose dan sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

8, Anak ketiga daripada tiga beradik. Abang sulungnya bernama Ramada Manrose.

9. Pada 12 November 2016, beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman.

10. Namanya melonjak naik selepas membintangi drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin yang disiarkan di slot Akasia TV3, membawa peranan watak antagonis sebagai Suraya. Juga menerajui drama Tiada Arah Jodoh Kita bergandingan dengan aktor Shukri Yahaya, siaran slot sama, sebagai Afia Awliya.

11. Lain-lain drama lakonannya ialah 3 Nenek 3 Dara, Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet, Duda Pujaan Dara, Gerak Khas: "Bella", Cikgu, Papa Kirim Salam dan Leftenan Zana.

12. Termasuk telefilem Waktu Khalil, Din Sardin Beraya, Formula Cinta, Korban Penunggu Hospital dan Ini Harta Bedu Punya.

13. Juga filem Awang Gerudi. Akan datang, filem Jodoh Syaitan, Ratu Kala Jengking dan Bulan & Pria Terhebat.

14. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 2

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 3

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 4

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 5

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 6

biodata dan latar belakang pelakon aprena manrose 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Utusan

4. Instagram Aprena Manrose

5. Youtube Aprena Manrose




Hakcipta iluminasi.com (2017)