Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

    

Hisyam bin Hamid atau nama popularnya, Hisyam Hamid merupakan seorang pelakon dan model berasal dari Singapura sebelum berhijrah ke Malaysia dan dikenali menerusi beberapa peranannya dalam drama televisyen, antaranya Memori Cinta Suraya, Sayap Jibrail, Ariana Rose dan Gerak Khas.

Terkini, beliau bakal menerajui drama Dendam Cinta Arissa arahan Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada yang menggandingkannya dengan aktres Atikah Suhaime, selain beberapa pelakon pembantu seperti Fezrul Khan, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Putri Hanan, Dilla Ahmad, Ruzana Ibrahim, Arash Mohamad dan Noryati Taib.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Hisyam bin Hamid. Menggunakan nama komersial, Hisyam Hamid.
  • Kelahiran Hospital Kandang Kerbau, Singapura pada 20 Oktober 1985.
  • Berumur 35 tahun.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Berketinggian 1.8 meter.
  • Berkelulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada Royal Melbourne Institute of Technology University.
  • Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004.
  • Antara drama dibintanginya seperti Anak Metropolitan 2, Ariana Rose, Cinta Ibadah, Abang Bomba I Love You, Rahsia Hati Perempuan dan Alamatnya Cinta.
  • Termasuk telefilem Hatiku Di Krabi, M4TI, Kuntom, Geng, #Gostan dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Kau Yang Satu, Dendam Pontianak dan Hero: Jangan Bikin Panas.
  • Penerima trofi Fan Club Throwbaek (Hisyamelters FC) pada Malam Throwbaek Drama 2017 dan Personaliti Lelaki Paling Popular di Pesta Perdana 2019 Pesta Perdana Singapura ke-16.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada 2006 dan sehingga kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Nurish Syameliah dan Hayden.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @hisyamhamid7 sehingga kini mencatatkan lebih 1.4 juta pengikut. 

    

Fakta Menarik

  • Mula menyerlahkan bakat lakonan sejak usia 18 tahun ketika masih menetap di Singapura.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota bomba selama lapan tahun di negara kelahirannya.
  • Namanya mula melonjak selepas membintangi drama rantaian Ariana Rose sekitar tahun 2014.
  • Pernah menghoskan program Gen F yang bersiaran di Astro Ria pada 2018.
  • Kariernya dikendalikan oleh isterinya sendiri, Melrose Hanafi yang juga merupakan pengurusnya.

    

Foto

sinopsis dendam cinta arissa 697

isteri hisyam hamid

hisham hamid

hisyam hamid 293

rosmawati hanafi

umur hisyam hamid

anak hisyam hamid

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

    

Video

Kredit video: Kool Ekstra : Hisham Hamid Antara Bola Sepak dan Berlakon

    

Sumber:

1. Wikipedia Hisyam Hamid

2. Hisyam Hamid kembali jadi anggota bomba

3. Hisyam Hamid dipinggirkan penerbit filem?

4. Isteri tidak kongkong saya - Hisyam Hamid

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)