Oleh pada 29 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Siri arahan Emi Suffian berjudul 'Tak Sempurna Mencintaimu' yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3, merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021, adaptasi novel dengan tajuk sama karya Rehan Makhtar.

Menemui peminat drama melayu mulai 29 Mac 2021 di saluran TV3 dengan menggandingkan pelakon Redza Rosli dan Intan Najuwa sebagai tunjang utama.

tak sempurna mencintaimu 710

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sinopsis

Siratul (Intan Najuwa), seorang gadis kampung yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya. Kesihatan ibunya pula makin merosot.

Mustaqim (Redza Rosli) mula berkenalan dengan Siratul selepas adik Siratul melanggar motor kesayangannya.

Pertemuan awal antara Mustaqim dan Siratul tidak seindah yang disangka.

Namun, semakin lama Mustaqim berhubungan dengan Siratul, hatinya yang pernah terluka dek dikhianati 10 tahun lalu kembali tenang dan damai.

Mustaqim mula memahami erti sebuah kemaafan dan kasih sayang.

Cinta yang menyusul dalam dua hati ini, bagaimanapun diduga dengan kehadiran Melisa (Rita Nadira).

Baca: 10 Fakta Drama Tak Sempurna Mencintaimu Yang Ramai Tak Tahu!

tak sempurna mencintaimu episod

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

Pelakon

Menampilkan pelakon Redza Rosli dan Intan Najuwa yang membawakan watak utama.

Watak-watak sampingan dijayakan Fendy Bakry, Rita Nadira, Aniq Suhair, Nafiez Zaidi, Scha Elinnea, Shah Khan, Ali Reza, Azza Elite, Naim Shamshol, Lydia Saimon dan Wan Maimunah.

Baca: Biodata Redza Rosli

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Fendy Bakry

Baca: Biodata Rita Nadira

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Nafiez Zaidi

Baca: Biodata Scha Elinnea

Baca: Biodata Shah Khan

pelakon tak sempurna mencintaimu 972

Kredit foto: Instagram Aniq  Suhair

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Zeel Production Sdn Bhd arahan oleh Emi Suffian.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khai Bahar - Durja (JOOX Originals) [Official MV]

Tajuk: Durja

Penyanyi: Khai Bahar

Komposer & Penulis lirik: Iqie Hugh, Omar K, Khai Bahar

drama tak sempurna mencintaimu 696

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Waktu Siaran

Mulai 29 Mac 2021, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam, siaran sepanjang 28 episod di slot Akasia, saluran TV3.

Kredit video: Tak Sempurna Mencintaimu l Mulai 29 Mac 2021 di slot Akasia

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Tak Sempurna Mencintaimu




Hakcipta iluminasi.com (2017)