Oleh pada 03 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Shah Alam 40000 (40k) merupakan sebuah siri drama Malaysia pada tahun 2021 (bukan adaptasi novel) terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Isma Yusoof.

Tayangan perdana siri ini ditayangkan di aplikasi iQiyi pada 29 Mac 2021 dan bakal menemui penonton kaca TV mulai 3 Ogos 2021 di slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama rantaian, Hatimu Sedingin Salju.

shah alam 40000 drama

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Sinopsis

Mengikuti kisah tiga orang wanita kaya dan ternama, Puan Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz yang tinggal di sebuah kawasan kejiranan mewah di Shah Alam.

Di sebalik kesempurnaan hidup yang dimiliki, mereka yang selalu 'melepak' bersama ini masing-masing menyimpan rahsia yang tersendiri.

Persahabatan baik mereka mula teruji apabila mereka merancang untuk mengusahakan perniagaan secara bersama. Rahsia masing-masing yang sebelum ini disimpan kemas mula terbongkar hingga menyebabkan situasi yang tidak diingini berlaku.

Baca: 10 Fakta Pelakon Anna Jobling Yang Ramai Tak Tahu!

shah alam 40000 pelakon

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pelakon / Cast

Dibintangi oleh gandingan pelakon utama - Umie Aida, Rita Rudaini dan Anna Jobling (Dewi Remaja).

Juga menampilkan Aedy Ashraf, Jabir Meftah (Hero Remaja), Zailin Aqeesha, Fadlan Hazim, Danish Iskandar, Qistina Khaled, Yusry Abdul Halim, Arash Mohd dan Shah Rezza.

Baca: Biodata Umie Aida

Baca: Biodata Rita Rudaini

Baca: Biodata Anna Jobling

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Jabir Meftah

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Watak Pelakon

Umie Aida sebagai Datin Sri Azalina

Rita Rudaini sebagai Datin Rose

Anna Jobling sebagai Shafinaz Mckenzie

Jabir Meftah sebagai Akiff

Fadlan Hazim sebagai Chef Kush

Danish Iskandar sebagai Fatah

Zailin Aqeesha sebagai Arisa

Arash Mohamad sebagai Dato Anuar

Shah Rezza sebagai Dato Sri Yahya

   

shah alam 40000 cast

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat Isma Yusoof (Isma Yusof) sebagai pengarah, manakala MF Kencana bertindak sebagai penulis skrip dalam naskhah terbitan produksi Global Station Sdn Bhd ini.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Siapa Tak Mahu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Official Music Video)

Tajuk: Siapa Tak Mahu

Penyanyi: Datuk Sri Siti Nurhaliza

Komposer: John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K

Penulis lirik: John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K

shah alam 40000 episod

shah alam 40000 sinopsis

Kredit foto: Instagram @danishleh

Waktu Siaran

Dimuatkan di aplikasi iQiyi mulai 29 Mac 2021.

Episod perdana ditayangkan di kaca televisyen pada 3 Ogos 2021. Ke  udara 28 episod setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Shah Alam 40000

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Shah Alam 40000

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)